Now Reading
Kemuncak Jangkitan Covid-19 Dijangka Dalam Seminggu Lagi

Kemuncak Jangkitan Covid-19 Dijangka Dalam Seminggu Lagi

Sabtu lalu (31 Julai), negara merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 17,786 kes positif.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kita dijangka mencapai kemuncak jangkitan harian dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu lagi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pihaknya berharap selepas itu, kes harian akan menurun.

(Persoalan) sama ada kita sudah mencapai kemuncak kes atau sebaliknya, saya fikir kita akan mencapai kemuncak, di Lembah Klang, dalam tempoh seminggu dua ini. Kita berharap akan ada penurunan kes selepas itu.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui Berita Harian.

Kes tertinggi

Sabtu lalu (31 Julai), negara merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 17,786 kes positif, menjadikan jumlah kes keseluruhan mencecah 1,113,272 kes positif Covid-19 sejak Januari 2020.

Selangor telah menyumbang sebanyak 6,400 kes positif baharu, diikuti WP Kuala Lumpur dengan 1,962 kes.

Semalam (1 Ogos), daripada 17,150 kes dilaporkan, Selangor mendahului sebanyak 6,326 kes baharu diikuti WP Kuala Lumpur dengan 2,086 kes.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd