Now Reading
Kemas Kini MySejahtera Terbaharu Tampil Dengan Fungsi Pembelian Kit Ujian Kendiri

Kemas Kini MySejahtera Terbaharu Tampil Dengan Fungsi Pembelian Kit Ujian Kendiri

Syarikat-syarikat yang ingin membeli kit ujian dalam jumlah yang banyak juga diberikan pilihan bagi mendapatkannya secara pukal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Kredit: Soya Cincau

Aplikasi MySejahtera beri kemudahan untuk:

  • Membantu kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak Covid-19.
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak Covid-19.
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti Covid-19.
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan Covid-19.

Malah, MySejahtera Check-In menggunakan maklumat dari aplikasi mudah alih MySejahtera di mana pengguna diklasifikasi berdasarkan status risiko terhadap Covid-19, lokasi dan tanggungan yang berisiko di rumah.

Ini dapat membantu majikan membuat pelan perancangan bagi kakitangan yang perlu bekerja dari rumah.

Kemas kini baharu

Melalui kemas kini terbaharu yang disediakan, MySejahtera kini tampil dengan beberapa fungsi baharu termasuk pembelian kit ujian kendiri secara dalam talian dan penhantaran keputusan ujian kendiri Covid-19.

MySejahtera juga menawarkan pembelian tiga kit ujian kendiri Covid-19 iaitu Salixium, Gmate, dan JusCheck.

Oleh itu, syarikat-syarikat yang ingin membeli kit ujian dalam jumlah yang banyak juga diberikan pilihan bagi mendapatkannya secara pukal.

Kredit: The Vocket

Oleh itu, para pengguna diminta mengemas kini aplikasi MySejahtera secepat mungkin untuk mendapatkan peluang membeli kit ujian tersebut dengan klik pada fungsi Ujian Kendiri COVID-19 dan memilih kit ujian yang ingin dibeli.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd