Now Reading
Kajian Mendapati 70% Rakyat Merasakan Ahli Politik Tak Pedulikan Mereka

Kajian Mendapati 70% Rakyat Merasakan Ahli Politik Tak Pedulikan Mereka

Peratusan tertinggi (88.2%) responden yang menolak Mahiaddin sebagai Perdana Menteri adalah mereka yang berumur antara 20 – 29 tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Dua kajian telah diterbitkan baru-baru ini yang menunjukkan bahawa majoriti rakyat Malaysia percaya bahawa negara sedang merosot dan bahawasanya ahli-ahli politik tidak mempedulikan rakyat.

Kajian pertama yang bertajuk “Fracturing Societies and Systems” oleh penganalisis pasaran Ipsos mendapati:

  • 80% menyatakan bahawa negara memerlukan kepemimpinan kuat untuk diambil kembali dari yang mereka yang kaya dan berkuasa.
  • 75% rakyat Malaysia mendapati bahawa sistem semasa kini dimanipulasi terhadap mereka.
  • 70% percaya parti dan ahli politik tidak mementingkan rakyat.
  • 63% rakyat Malaysia percaya bahawa pakar di negara ini gagal memahami kehidupan rakyat biasa.

Dalam satu artikel yang diterbitkan oleh Malay Mail semalam (29 Julai), Lars Erik Lie Pengarah Bersekutu Hal Ehwal Awam Ipsos mengatakan kajian menunjukkan bahawa pandemik Covid-19 telah merugikan setiap negara di seluruh dunia dan hasilnya adalah dengan wujudnya rasa penurunan di Malaysia, malah lebih daripada itu.

Rakyat tidak setuju Tan Sri Mahiaddin Md Yasin kekal sandang jawatan Perdana Menteri

Dalam kajian lain yang dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) yang bertajuk Survei Persepsi Masyarakat (TPR) pada Julai 2021, 85% responden tidak bersetuju untuk mengekalkan jawatan Perdana Menteri kepada Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.

Malah, hanya 12% yang mahu beliau kekal menyandang jawatan tersebut.

Kajian tersebut dilakukan dalam talian dari 11 – 18 Julai melibatkan 8,352 orang responden seluruh negara, Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Profil responden merangkumi jantina, umur, kaum dan sokongan kepada parti.

Survei ini juga turut mendapatkan pendirian responden terhadap isu berkaitan prestasi kerajaan dan Perdana Menteri, san usaha kerajaan menangani Covid-19.

Pendapat yang konsisten di antara bangsa dan umur

Peratusan tertinggi (88.2%) responden yang menolak Mahiaddin sebagai Perdana Menteri adalah mereka yang berumur antara 20 – 29 tahun.

Sementara peratusan terendah (78.6%) adalah dari kalangan mereka yang berumur 60 – 65 tahun.

Kadar ketidaksetujuan terhadap Mahiaddin untuk kekal sebagai Perdana Menteri dipecahkan mengikut bangsa dan etnik seperti berikut:

  • Melayu – 84.2%
  • Cina – 84.9 %
  • India – 87.8
  • Sabah / Sarawak – 72.7 %

Hanya dalam masa 5 bulan sejak kajian sama seperti yang dikeluarkan oleh IDE diterbitkan pada bulan Mac, peratusan mereka yang ingin Mahiaddin mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri meningkat dari 39% menjadi 46%.

Pandemik mula beri kesan kepada rakyat Malaysia

Dalam rujukan artikel Malay Mail yang sama, Lara berkata: “Rakyat Malaysia merasakan kepemimpinan yang kuat diperlukan untuk mengambil kembali negara dari yang mereka kaya dan berkuasa.”

Semasa krisis, perpecahan dalam masyarakat antara golongan elit dan orang biasa telah meningkat. Di negara-negara di seluruh dunia juga dikenalpasti bahawa golongan elit ekonomi, politik dan intelektual mengabaikan atau gagal memahami penderitaan rakyat.

Lars Erik Lie, Pengarah Bersekutu Hal Ehwal Awam Ipsos melalui The Malay Mail.

Rakyat Malaysia mula menyampah

Sebagai refleksi lebih lanjut mengenai sentimen yang dikongsi dalam kajian yang telah dilakukan, rakyat Malaysia kini memutuskan untuk menyelesaikan masalah ini sendiri dengan mengambil langkah berani.

Langkah pertama datang dalam bentuk penggubal undang-undang pembangkang serta rakyat Malaysia yang dikatakan telah membuat laporan polis berhubung dakwaan salah urus oleh kerajaan Perikatan Nasional terhadap pandemik Covid-19.

BACA SINI: Police Report Over Government’s Alleged Mismanagement Of The Pandemic Lodged By MPs And Activists

Seterusnya, gerakan #Lawan, adalah dilihat sebagai kemarahan rakyat yang memprotes tentang “kegagalan pihak kerajaan menangani penularan pandemik Covid-19”.

BACA SINI: Drive-thru #Lawan Protest With Black Flags Draw Investigations From Police


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd