Now Reading
[Terkini] Ujian Covid-19 Akan Dilakukan Di Parlimen Setelah 56 Kes Positif Dikesan

[Terkini] Ujian Covid-19 Akan Dilakukan Di Parlimen Setelah 56 Kes Positif Dikesan

Setiap ahli parlimen tidak dibenarkan keluar dari perkarangan Dewan Rakyat sehingga keputusan dikeluarkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebanyak 56 kes positif Covid-19 telah dikesan setakat semalam (28 Julai) hasil ujian saringan Covid-19 yang dijalankan antara 21 hingga 25 Julai lalu bagi sesi Mesyuarat Khas Parlimen.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah tersebut, dua kes melibatkan Ahli Parlimen, pegawai pengiring (enam), manakala 48 kes lagi melibatkan pegawai dari pelbagai agensi kerajaan.

Hasil siasatan dan penilaian risiko yang dijalankan setakat semalam, kes-kes positif ini tidak mempunyai kaitan epidemiologi di antara satu sama lain. Individu yang disahkan positif tidak dibenarkan hadir ke Sidang Parlimen. Mereka telah diasingkan, dirawat dan diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) termasuk kepada kontak rapat kes positif tersebut sebelum hari bermula Sidang Mesyuarat Khas Parlimen.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

29 Julai: Ahli Parlimen tidak dibenarkan keluar dari perkarangan

Speaker Dewan Rakyat mengumumkan bahawa beliau telah menerima surat dari Ketua Pengarah Kesihatan mengenai dua kes positif Covid-19 di parlimen.

Salah seorang individu yang didapati positif hadir di parlimen sejak Isnin sementara individu lain hadir sejak Khamis (hari ini).

Oleh itu, ujian saringan mesti dilakukan kepada semua yang hadir. Tidak ada yang boleh keluar sehingga keputusan dikeluarkan. Keutamaan akan diberikan kepada Ahli Parlimen.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Persidangan di Parlimen kini ditangguhkan lagi sehingga jam 5:15 petang.

BACA SINI: [LIVE] Special Parliamentary Sitting 29 July (Economic Assistance Packages)


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd