Now Reading
No More Vaksin Kosong: Ini 3 Perkara Anda Perlu Perhatikan Ketika Disuntik

No More Vaksin Kosong: Ini 3 Perkara Anda Perlu Perhatikan Ketika Disuntik

Kalau nak lebih ‘peace of mind’, anda boleh rekod proses ketika disuntik dari awal hingga akhir.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setakat 23 Julai lalu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 13 laporan berhubung pemberian vaksin kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan, laporan melibatkan tujuh kes di Kuala Lumpur, tiga di Selangor dan masing-masing satu kes di Kedah, Perak dan Melaka.

KKM sebelum ini menjelaskan bahawa mana-mana individu yang terbukti diberikan suntikan vaksin ‘picagari kosong’ akan menerima suntikan dos baharu.

Jururawat akui cuai sebab keletihan

Hari ini (28 Julai), Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata bahawa isu itu tidak mempunyai kaitan dengan sindiket penjualan janji temu vaksinasi.

Ini kerana di antara laporan polis yang telah dibuat – terdapat kes suntikan tanpa vaksin dan ketidakpastian petugas dalam pemberian vaksin.

Bagi kes suntikan kosong tanpa vaksin, ia berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kem Lapangan Terbang Sungai Petani yang mana jururawat mengaku telah berlaku kecuaian disebabkan keletihan yang dihadapinya.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui Sinar Harian.

Oleh itu, surat amaran telah diberikan kepada jururawat tersebut oleh Panglima Tentera Darat disebabkan jururawat itu bertugas di kem tentera. Beliau turut menjelaskan, jururawat berkenaan juga akan melalui proses tatatertib di bawah KKM.

No more vaksin kosong: Pastikan tiga perkara ini

Kes-kes suntikan ‘vaksin angin’ ini sudah mula diperbahaskan oleh orang ramai sejak kebelakangan ini.

Mana tidaknya, datang ke PPV dengan hajat mendapatkan vaksin untuk membantu negara capai imuniti kelompok. Tapi nasib badan diberikan vaksin kosong pula.

Frust juga. 🙁

Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku lagi, anda boleh pastikan tiga perkara ini ketika diberikan suntikan vaksin, antaranya:

  • Pastikan picagari yang digunakan adalah dari bungkusan yang masih dibalut.
  • Pastikan jururawat tunjuk kepada anda jenis vaksin yang digunakan dengan jumlah yang betul. (Pfizer 0.3 ml) (AstraZeneca & Sinovac 0.5 ml).
  • Selepas disuntik, semak picagari dan pastikan ianya kosong (kalau tak takut jarum, sebaiknya tengok ketika disuntik).

Tapi kalau nak lebih ‘peace of mind’, anda boleh rekod proses ketika disuntik dari awal hingga akhir.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd