Now Reading
Warga KL, Selangor & Putrajaya Positif Covid Tapi Tidak Bergejala Tak Perlu Ke CAC

Warga KL, Selangor & Putrajaya Positif Covid Tapi Tidak Bergejala Tak Perlu Ke CAC

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peraturan terbaharu ini bagi memastikan pesakit tidak perlu menunggu lama di CAC dan pesakit yang bergejala teruk mendapat rawatan segera.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Angka kes positif Covid-19 di Malaysia akhir-akhir ini telah mencatat jumlah yang begitu tinggi iaitu hampir 20,000 kes sehari.

Setakat ini, kes harian tertinggi pernah dicatatkan selama pandemik ini wujud di Malaysia adalah pada 24 Julai iaitu dengan 17,045 kes.

Jumlah tersebut menjadikan kes keseluruhan mencecah 1,027,954 setakat 26 Julai 2021.

Kredit: @SkuadPengurusanJenazah/Facebook

Menurut arahan KKM sebelum ini, individu yang menjalani ujian Covid-19 perlu mematuhi arahan kuarantin.

Bagi pengembara dari luar negara, kuarantin 14 hari akan bermula pada hari ketibaan anda di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Malaysia.

Bagi saringan kontak rapat, kuarantin 14 hari akan bermula pada hari terakhir anda terdedah kepada pesakit positif Covid-19 atau sekiranya anda tidak pasti, kuarantin akan bermula pada hari pertama ujian Covid-19 diambil.

Arahan terbaharu buat warga KL, Selangor dan Putrajaya

Umum sedia maklum bahawa sebelum ini setiap individu yang disahkan positif Covid-19 akan dihubungi oleh pegawai kesihatan dan akan dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Setelah berada di hospital, keadaan pesakit akan dinilai untuk ditempatkan di hospital atau di stesen kuarantin dan rawatan Covid-19 berisiko rendah.

Namun begitu, mulai semalam (26 Julai 2021), Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan terbaharu di mana penduduk di Selangor, KL dan Putrajaya yang positif diminta untuk TIDAK ke Pusat Penilaian COVID19 (CAC) sekiranya:

  • Tidak bergejala, atau
  • Bergejala ringan

Namun begitu, mereka perlu mengasingkan diri serta merta dan menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Apa perlu dilakukan?

Individu yang didapati positif dan tidak bergejala atau bergejala ringan hanya perlu:

  • Maklumkan keputusan ujian saringan di aplikasi MySejahtera.
  • Digital HSO akan diberikan.
  • Lengkapkan Home Assessment Tool (HAT) di MySejahtera.
  • Penilaian kendiri pesakit akan dipantau oleh CAC Maya. Pesakit akan dihubungi jika perlu.
  • Pesakit yang perlu ke CAC terdekat untuk penilaian lanjut klinikal akan dimaklumkan melalui notifikasi di MySejahtera atau dihubungi Pusat Panggilan CAC.
  • Pesakit yang perlukan bantuan boleh hubungi CAC Call Centre 03-7723 9299 (8.00 a.m.-9.00 p.m. setiap hari) atau CPRC Hotline 03-7723 9300 (8.00 a.m.-12.00 a.m. setiap hari).
  • Pesakit perlu segera ke hospital jika gejala menjadi semakin teruk.

Peraturan terbaharu ini bagi memastikan pesakit tidak perlu menunggu lama di CAC dan pesakit yang bergejala teruk mendapat rawatan segera.


BACA JUGA: CAC Stadium Malawati Dikerumuni 4,000 Individu Positif Yang Ingin Lapor Diri


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd