Now Reading
‘Datuk’ Antara 3 Individu Beri Keterangan Kepada Polis Atas Isu Helikopter Nasi Ganja

‘Datuk’ Antara 3 Individu Beri Keterangan Kepada Polis Atas Isu Helikopter Nasi Ganja

Jurucakap restoran Nasi Ganja tersebut mengesahkan menerima tempahan 36 bungkus nasi berlauk ayam, daging, telur masin dari pelanggan di Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada Jumaat lalu (23 Julai), sebuah helikopter telah mendarat di Padang Ipoh difahamkan untuk mengambil pesanan Nasi Ganja yang ditempah oleh pelanggan dari Kuala Lumpur di sebuah restoran terkemuka di bandar raya Ipoh.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalatrash Wahid mengambil keterangan beberapa individu termasuk seorang lelaki bergelar ‘datuk’ bagi membantu siasatan insiden helikopter mendarat di Padang Ipoh bagi mengambil bungkusan nasi ganja pada Jumaat lalu.

BACA SINI: Penangan ‘Nasi Ganja’ Sampai Ambil Pesanan Guna Helikopter Dari Ipoh Ke KL

Buat masa ini, hanya pemilik kedai nasi ganja yang telah memberi keterangan, bagaimanapun polis telah mengenalpasti semua pihak terlibat termasuklah seorang bergelar Datuk.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalatrash Wahid melalui Sinar Harian.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd