Now Reading
[Review] Morbites Ada Menu Nasi Lemak. Ingatkan Burger Je!

[Review] Morbites Ada Menu Nasi Lemak. Ingatkan Burger Je!

Menu-menu Morbites ni sebenarnya menarik juga. Nak tahu, cubalah sendiri. 🙂

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Waktu-waktu PKP ini memang normal kalau tiba-tiba korang terasa nak makan macam-macam. Maklumlah, dah lama duduk di rumah sampai kehabisan idea nak masak menu apa.

Tapi, team TRP baru-baru ini diberi peluang untuk merasai sendiri menu baharu yang dikeluarkan oleh Morbites.

Untuk pengetahuan korang, Morbites ini sebelumnya dikenali sebagai Sixty Bites. Mereka dijenamakan semula pada tahun 2019.

Morbites ialah satu nama yang diciptakan untuk melambangkan MOR (lebih) penawaran Gourmet yang bernilai, MOR (lebih banyak) perkhidmatan yang berkualiti, MOR (lebih banyak) Burger tebal dan juicy dan akan berkembang di banyak lagi kawasan MOR (lebih banyak).

Morbites komited dalam misinya untuk membuat burger juicy buatan sendiri yang pastinya akan menawarkan pengalaman yang lain daripada yang lain.

Dalam menjayakan kempen penjenamaan semula, Morbites akan memperluas menu bermula dengan pengenalan deep-fried crispy chicken burger dan Beyond Meat Vegan burger tanpa daging kini akan tersedia di semua gerai dan banyak lagi!

Bebel done, jom kita mula review!

Nasi Lemak Ayam Serai

Macam Nasi Kerabu. Ingatkan tersalah hantar. :p
(Kredit: Murni Azman/TRP)

Mula-mula kalau tengok menu Morbites ni, ingatkan jual burger je.

Rupanya ada pilihan nasi juga. Kami diberi peluang untuk cuba sendiri menu istimewa ini iaitu Nasi Lemak Ayam Serai.

Not bad.

Tapi mula-mula ingatkan Nasi Kerabu, sebab rare juga bila Nasi Lemak warna biru.

Kalau nak review dengan sejujurnya, food presentation memang on-point. Bak kata orang, fancy Nasi Lemak gitu. Ala-ala hotel punya Nasi Lemak.

Dan bab rasa pula, kami suka sebab mereka menyajikan ayam serai dalam hidangan istimewa ini termasuklah nasi wangi berperisa kelapa yang berwarna bluepea.

Semestinya dihidangkan dengan ikan bilis, kacang, dan juga kepingan timun Jepun. Kalau tak ada semua ni, tak lengkaplah hidangan Nasi Lemak, kan?

Kami bagi 9/10 untuk Nasi Lemak Ayam Serai ni.

Buttermilk Crispy Chikin

Ya, ejaan chikin memang begitu ya. Bukan typo.

Buttermilk Crispy Chikin ini merupakan menu terbaharu yang diperkenalkan oleh Morbites pada bulan Julai.

Buttermilk Crispy Chikin ini yang diperbuat daripada deep-fried crispy chicken patty yang dimasak dengan sos buttermilk.

Burger ini disajikan dengan keju, tomato dan salad segar – semuanya diletakkan di antara potato bun terkenal oleh Morbites.

Kami bagi 8/10 untuk menu Buttermilk Crispy Chikin ni.


Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati sendiri laman web mereka di morbites.com.

Selamat mencuba! 🙂


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd