Now Reading
Keputusan Suntikan Vaksin Ketiga Akan Diumumkan Tak Lama Lagi – KJ

Keputusan Suntikan Vaksin Ketiga Akan Diumumkan Tak Lama Lagi – KJ

KJ menjelaskan bahawa negara lain belum buat keputusan, cuma ada satu atau dua negara yang telah memberi gambaran bahawa mereka akan memberi dos ketiga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kumpulan pakar akan mengemukakan beberapa syor mengenai dos ketiga atau ‘booster shot’ vaksin Covid-19 pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) tidak lama lagi.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata perbincangan akan turut melibatkan cadangan pemberian vaksin yang berlainan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

Kita akan ada kemas kini berkenaan kajian booster shot pada mesyuarat JKJAV pada minggu depan. Saya difahamkan kumpulan pakar akan membuat beberapa syor berkenaan dengan booster shot atau dos ketiga dan ini juga ada kaitan dengan pemberian vaksin yang berbeza-beza.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin, melalui sidang media menerusi aplikasi Zoom.

Khairy turut menjelaskan bahawa kerajaan sedang mengkaji keberkesanan vaksin terhadap kes Covid-19 yang melibatkan varian Delta dan keperluan untuk suntikan ketiga vaksin.

BACA SINI: Dua Dos Pfizer & AstraZeneca Sama Efektif Terhadap Varian Delta

Kredit: Hakan Nural/Unsplash

Negara lain belum buat keputusan, cuma ada satu atau dua negara yang telah memberi gambaran bahawa mereka akan memberi dos ketiga.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin, melalui sidang media menerusi aplikasi Zoom.

Segelintir individu perlu ambil suntikan ketiga di AS

Pakar Kesihatan Awam terkemuka Amerika Syarikat Dr Anthony Fauci menjelaskan bahawa buat individu yang imunitinya terjejas mungkin memerlukan suntikan tambahan vaksin Covid-19.

Pakar Kesihatan Awam di Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci
(Kredit: ABC News)

Dalam kalangan individu tersebut termasuk pesakit pemindahan organ dan kanser yang memerlukan suntikan ketiga vaksin susulan berpotensi menjadi golongan berisiko.

Malah, pegawai kesihatan kini sedang mempertimbangkan untuk menyemak semula garis panduan pemakaian pelitup muka terhadap penerima lengkap vaksin Covid-19.

Memetik kajian yang menunjukkan perlindungan berkurang ke atas penerima vaksin, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit (NIAID) itu berkata bahawa pegawai kesihatan sedang mengkaji data untuk menentukan waktu sesuai suntikan tambahan vaksin diperlukan.

Kerajaan Israel beri dos ketiga

Kementerian Kesihatan Israel melaporkan penurunan keberkesanan vaksin Pfizer-BioNTrch dalam mencegah jangkitan dan kes simptomatik.

Namun ia menyatakan vaksin berkenaan berkesan mencegah pesakit Covid-19 menjadi kritikal.

Penurunan keberkesanan vaksin seiring peningkatan varian Delta yang menjadi dominan di kawasan yang dijajahnya.

Oleh itu, Kerajaan Israel kini memberikan dos ketiga vaksin kepada orang ramai bagi meningkatkan perlindungan termasuk mereka yang menjalani pemindahan jantung, paru-paru, hati, ginjal, dan pesakit kanser yang menerima rawatan kemoterapi.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd