Now Reading
[Foto] Surau Bergerak Ini Dulunya Adalah Bas Mini. Menarik Betul!

[Foto] Surau Bergerak Ini Dulunya Adalah Bas Mini. Menarik Betul!

Surau bergerak ini terletak di tapak perniagaan kendera saji atau food truck di parkir kenderaan jambatan angkat, Kuala Terengganu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini telah tular di media sosial di mana seorang pengguna Facebook iaitu Yusufhadi Alhafidz telah memuat naik satu posting di group awam: Kereta Sebelum Tahun 2000 mengenai transformasi bas sekolah yang telah diubah suai dan dijadikan sebagai surau bergerak.

Memang nampak menarik bila tengok interior bas tersebut.

Rasa macam tak percaya ianya sebelum ini merupakan sebuah bas mini, bas sekolah, dan kini menjadi surau bergerak.

Sebelum.
(Kredit: Facebook/Yusufhadi Alhafidz)
Selepas.
(Kredit: Facebook/Yusufhadi Alhafidz)

Cantik kan?

Terletak di Foodtruck Drawbridge, Kuala Terengganu

Untuk pengetahuan anda, lokasi surau bergerak ini adalah di tapak perniagaan kendera saji atau food truck di parkir kenderaan jambatan angkat, Kuala Terengganu.

(Kredit: Facebook/Yusufhadi Alhafidz)

Unik sungguh.

Surau bergerak ini juga memberikan kemudahan buat pekerja atau para pengunjung untuk mendirikan solat dengan lebih mudah.

(Kredit: Facebook/Yusufhadi Alhafidz)
(Kredit: Facebook/Yusufhadi Alhafidz)

Nanti lepas habis PKP, dan semuanya kembali normal, bolehlah singgah tengok sendiri surau bergerak ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd