Now Reading
Penangan ‘Nasi Ganja’ Sampai Ambil Pesanan Guna Helikopter Dari Ipoh Ke KL

Penangan ‘Nasi Ganja’ Sampai Ambil Pesanan Guna Helikopter Dari Ipoh Ke KL

Lain macam penangan Nasi Ganja nie.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Nasi Ganja di Ipoh memang tidak dinafikan, sedap betul.

Kalau pernah cuba, tahulah bagaimana rasanya. Hidangannya simple sahaja, tapi bila waktu PKP ini dan tak boleh rentas negeri, teringat pula rasa Nasi Ganja tu.

Nasi Ganja Ipoh. SEDAP!
(Kredit: VKEONG.COM)

Kalaulah boleh ‘teleport’. Kan senang.

Ambil pesanan Nasi Ganja guna helikopter

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, hari ini (23 Julai) sebuah helikopter telah mendarat di Padang Ipoh difahamkan untuk mengambil pesanan Nasi Ganja yang ditempah oleh pelanggan dari Kuala Lumpur di sebuah restoran terkemuka di bandar raya Ipoh.

Kredit: Utusan Malaysia

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalatrash Wahid yang mengulas tentang pendaratan helikopter itu berkata, setelah membuat semakan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh, pihaknya mendapati helikopter tersebut hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh.

Helikopter tersebut didapati mendarat di Padang Ipoh pada pukul 9.55 hingga 10.15 pagi ini walaupun sebenarnya tidak mendapat kebenaran untuk mendarat di sana. Kita sudah salurkan info ini kepada pihak CAAM Ipoh.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid melalui Utusan.

Tempahan 36 bungkus nasi berlauk dari pelanggan di Kuala Lumpur

Sementara itu, jurucakap restoran Nasi Ganja itu yang enggan didedahkan identitinya mengesahkan dia menerima tempahan 36 bungkus nasi berlauk ayam, daging, telur masin dari pelanggan di Kuala Lumpur.

Ulasnya lagi, pada awalnya dia meragui sama ada tempahan itu benar atau gurauan kerana diberitahu pesanan akan diambil menggunakan helikopter.

Saya agak ragu-ragu juga kerana tidak pernah ada pelanggan yang mengambil tempahan dengan menaiki helikopter. Namun saya terkejut kerana rupa-rupanya tempahan makanan memang benar diambil menggunakan helikopter. Ini pertama kali tempahan diambil oleh pelanggan menggunakan helikopter. Ia saya sifatkan tempahan yang diambil dengan cara paling mewah yang pernah saya terima tetapi harga jualan tetap sama iaitu RM10 setiap bungkus.

Jurucakap restoran Nasi Ganja melalui Utusan.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd