Now Reading
Pemohon Boleh Mula Semak Status i-Citra

Pemohon Boleh Mula Semak Status i-Citra

Kalau masih diproses, jangan bimbang. Status anda akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jika diluluskan, bayaran akan dibuat seawal 2 Ogos 2021.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan inisiatif terbaharu oleh KWSP iaitu i-Citra yang diperkenalkan di bawah Pakej PEMULIH.

BACA SINI: PART 2: Senarai Bantuan Pelan Pemulihan Negara Untuk Ekonomi

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Individu yang layak

Mereka yang layak adalah; ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap, dan mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Anggota perkhidmatan awam juga boleh memohon i-Citra.

Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Bagi memudahkan urusan permohonan anda, kami sertakan panduan pengguna sebagai rujukan.

Boleh lihat di bawah untuk step-by-step:

  1. Layari icitra.kwsp.gov.my dan pilih PERMOHONAN
  2. Isikan nombor MyKad/MyPR dan nombor telefon bimbit
  3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan nombor OTP atau soalan keselamatan
  4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN. Rujuk pada A atau B di sebelah kanan.
  5. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN
  6. Tetapkan AMAUN PILIHAN anda dengan menggerakkan penunjuk
  7. Tekan TERUSKAN
  8. Lengkapkan maklumat pemohon, maklumat pembayaran, dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
  9. Semak semula maklumat dan tandakan BETUL sebelum tekan HANTAR
  10. Selesai.

Sudah memohon? Semak status anda di sini:

Semakan status boleh mula dibuat mulai 16 Julai secara berperingkat.

Di bawah kami sediakan rujukan cara untuk membuat semakan status permohonan:

  1. Layari laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/.
  2. Tekan menu Semakan Status
  3. Masukkan nombor MYKad dan Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan
  4. Tekan butang Semak Status
  5. Status permohonan anda akan dipaparkan seperti di bawah:

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd