Now Reading
PDRM Sahkan Siasatan Terhadap Kes Berkait Vaksin Covid-19

PDRM Sahkan Siasatan Terhadap Kes Berkait Vaksin Covid-19

Pihak polis turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan siasatan kes-kes ini sementara ianya sedang disiasat.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah mengesahkan bahawa sehingga 4 laporan polis telah diterima berkait isu vaksin Covid-19.

PDRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di media sosial hari ini mengatakan bahawa setakat ini 8 orang telah ditahan untuk membantu siasatan dan kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dijalankan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din menyebut bahawa 3 laporan polis tersebut adalah berkenaan dakwaan wujudnya aktiviti penipuan penjualan vaksin Covid-19 kepada orang awam.

Manakala, satu laporan laporan polis adalah berkenaan isu penambahan jumlah penerima vaksin di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) sehingga melebihi jumlah vaksin yang dibekalkan.

Satu daripada siasatan kes-kes tersebut telahpun selesai dan pihak Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada pertuduhan dikenakan setelah siasatan mendapati tiada bukti serta keterangan yang mencukupi untuk menuduh suspek-suspek terlibat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din melalui kenyataan Siaran Media Pengarah JSJ Komersil.

Namun begitu, berbaki tiga lagi kertas siasatan masih dalam siasatan.

Pihak polis turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan siasatan kes-kes ini.

Wujud modus operandi terbaharu

Selain itu, pihak polis turut mengesan kewujudan modus operandi baru yang menggunakan isu penjualan vaksin Covid-19 untuk memperdaya mangsa.

Dalam kes-kes ini, mangsa akan dihubungi oleh sindiket yang menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seterusnya memaklumkan bahawa mangsa akan dikenakan tindakan kerana didapati telah menjual vaksin Covid-19 secara atas talian melalui laman Facebook.

Mangsa yang panik dengan dakwaan tersebut kemudiannya akan menuruti semua arahan yang diberikan sehingga membuat bayaran ke dalam akaun yang diberikan oleh pihak sindiket.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din melalui kenyataan Siaran Media Pengarah JSJ Komersil.

Sehingga kini, 38 laporan polis telah diterima berkaitan kes-kes sebegini melibatkan kerugian berjumlah RM54,500.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

one × three =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd