Now Reading
Dua Dos Pfizer & AstraZeneca Sama Efektif Terhadap Varian Delta

Dua Dos Pfizer & AstraZeneca Sama Efektif Terhadap Varian Delta

Kedua-dua jenis vaksin berkenaan dilaporkan sangat efektif terhadap Varian Delta yang dominan di seluruh dunia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menurut satu kajian diterbitkan semalam dalam New England Journal of Medicine, dua dos vaksin Covid-19 jenis Pfizer atau AstraZeneca hampir sama berkesan terhadap varian Delta yang sangat mudah menjangkiti.

BACA JUGA: Sinovac & Pfizer Sama Efektif. Jangan Memilih

Vaksin berkenaan dilaporkan sangat efektif terhadap Varian Delta yang dominan di seluruh dunia walaupun kajian menegaskan bahawa satu suntikan vaksin tidak cukup untuk memberikan perlindungan maksimum.

BACA JUGA: Varian Delta Boleh Merebak Sepantas 15 Saat – Dr Noor Hisham

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, kajian itu juga mengesahkan penemuan utama oleh Kesihatan Awam England (PHE) pada bulan Mei mengenai keberkesanan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech dan Oxford-AstraZeneca.

Pfizer

Kajian mendapati keberkesanan dua dos vaksin Pfizer mencecah 88% bagi jangkitan bergejala daripada Varian Delta – berbanding 93.7% terhadap Varian Alpha.

AstraZeneca

Dua dos vaksin AstraZeneca pula berkesan sebanyak 67% terhadap Varian Delta – meningkat berbanding laporan sebelum ini. Manakala 74.5% berkesan terhadap Varian Alpha – juga meningkat berbanding jangkaan keberkesanan 66%.

Hanya perbezaan sederhana dalam keberkesanan vaksin yang dicatat dengan varian Delta dibandingkan dengan varian Alpha selepas penerimaan dua dos vaksin.

Catatan penyelidik PHE dalam kajian itu.

Sebelum ini, PHE mengatakan dos pertama daripada salah satu vaksin adalah sekitar 33% berkesan terhadap jangkitan bergejala Varian Delta.

Kajian penuh yang diterbitkan semalam mendapati satu dos suntikan Pfizer adalah 36% berkesan.

Manakala 30% berkesan bagi satu dos vaksin AstraZeneca.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd