Now Reading
[VIDEO] Tak Pakai Mask, Tak Ambil Vaksin & Provok Anggota PDRM. Lelaki Ini Akhirnya Disaman

[VIDEO] Tak Pakai Mask, Tak Ambil Vaksin & Provok Anggota PDRM. Lelaki Ini Akhirnya Disaman

Malah, lelaki ini turut meminta kad pengenalan (IC) pihak berkuasa.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kita semua tahu, kehidupan norma baharu dengan wujudnya pandemik Covid-19 ini memaksa setiap individu di seluruh negara untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.

Suka atau tidak, ianya perlu dipatuhi dan diikuti dengan harapan dapat mengekang penularan virus merbahaya ini.

Antaranya adalah memakai pelitup muka (mask) ketika berada di tempat awam.

(Credit: Unsplash)

Tak susah pun, pakai je. Bila dah masuk dalam rumah atau kereta persendirian, boleh buka.

Tak pakai mask, antivaxx, provok & minta IC pihak berkuasa

Baru-baru ini telah tular di mana satu video yang menunjukkan seorang remaja lelaki telah disaman atas tuduhan tidak memakai pelitup muka di tempat awam, provok pihak PDRM serta menghalang mereka melakukan tugas.

Video tersebut telah dirakamkan sendiri oleh remaja berkenaan bertujuan untuk memberitahu orang ramai tentang kejadian yang menimpanya ketika itu.

Tonton penuh di bawah:

Malah, apabila ditanya sama ada dirinya sudah mengambil suntikan vaksin atau belum – dia memberitahu pihak berkuasa bahawa dia tidak mahu mengambilnya kerana vaksin adalah bahaya.

Dia turut menyatakan bahawa dia telah melakukan ‘research’ secara mendalam mengenai vaksin.

Dia malah menyuruh pihak berkuasa untuk melakukan ‘research’ tentang vaksin.

Malangnya, pihak berkuasa menyatakan mereka sudahpun selesai mendapatkan vaksin.

Ditahan pihak berkuasa

Update terbaru telah menunjukkan bahawa remaja tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa di rumahnya di atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Malah, dia turut merakamkan video ketika rumahnya didatangi pihak PDRM.

Pihak PDRM menyatakan kepadanya bahawa siasatan lanjut akan dilakukan kerana telah menularkan video di stesen minyak ketika disaman oleh pihak berkuasa gara-gara tidak memakai pelitup muka.

Direman 4 hari

Menurut laporan Berita Harian, perintah reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Iskandar Zainol terhadap suspek berusia 29 tahun itu.

Suspek yang bekerja sebagai ejen insurans ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 188 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan multimedia.

NOTA: Vaksin dijamin selamat

Untuk pengetahuan anda semua, perkara yang diberitahu oleh lelaki ini adalah tidak benar sama sekali.

Setiap vaksin – tidak kisah sama ada Sinovac, AstraZeneva, CanSino atau Sputnik V, ianya adalah vaksin yang diluluskan oleh NPRA.

Malah, syarikat-syarikat antarabangsa mengakui NPRA paling tegas dan ketat di dunia. Sememangnya NPRA terkenal di peringkat antarabangsa kerana tegas dan tidak bertolak ansur dengan mana-mana syarikat farmaseutikal yang gagal mematuhi syarat-syarat ketat yang telah ditetapkan.

Kredit: Bernama

Vaksin diberikan untuk mengawal penularan penyakit Covid-19. Semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit Covid-19 yang lebih teruk.

Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4 × three =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd