Now Reading
Sinovac & Pfizer Sama Efektif. Jangan Memilih

Sinovac & Pfizer Sama Efektif. Jangan Memilih

Untuk pengetahuan anda, Sinovac dan Pfizer mempunyai lebih banyak persamaan dan kedua-dua vaksin ini adalah setanding.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Data perubatan menunjukkan vaksin Sinovac mempunyai kadar keberkesanan yang sama dengan Pfizer dalam melawan virus Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi di laman Facebook miliknya menegaskan bahawa Sinovac dan Pfizer tidak mempunyai banyak perbezaan dan kedua-duanya berkesan dalam usaha mencegah jangkitan teruk Covid-19.

Untuk pengetahuan anda, Sinovac dan Pfizer mempunyai lebih banyak persamaan dan kedua-dua vaksin ini adalah setanding.

Dr Noor Hisham turut memetik kajian perubatan yang dilakukan mengenai penggunaan Sinovac di Chile dan penggunaan Pfizer di Israel.

Sinovac dan Pfizer tidak mempunyai banyak perbezaan dan kedua-duanya berkesan dalam usaha mencegah jangkitan teruk Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Kajian yang diterbitkan dalam “New England Journal of Medicine” mendapati bahawa Sinovac mengurangkan jangkitan Covid-19 sebanyak 65.9%, kemasukan ke hospital sebanyak 87.5%, kemasukan ke unit rawatan intensif (ICU) sebanyak 90.3%, dan kematian sebanyak 86.3%.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Israel juga menyatakan bahawa vaksin Pfizer mengurangkan jangkitan Covid-19 sebanyak 64% dan gejala serius yang membawa kepada kemasukan hospital sebanyak 93%.

Walau bagaimanapun, segelintir netizen yang prihatin menyatakan bahawa kedua-dua kajian itu tidak dilakukan pada masa yang sama.

Kajian yang dilakukan untuk Pfizer dilakukan dan disimpulkan pada tahun lalu sebelum wujudnya Varian Delta.

Manakala, kajian yang dilakukan untuk Sinovac pula dijalankan pada awal tahun ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 × 2 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd