Now Reading
Vaksinasi Walk-in Di Selangor & Kuala Lumpur Hanya Untuk Golongan Tercicir

Vaksinasi Walk-in Di Selangor & Kuala Lumpur Hanya Untuk Golongan Tercicir

Golongan yang belum mendapat janji temu kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan, kata Khairy Jamaluddin.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Inisiatif walk-in tanpa janji temu yang telah diumumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin pada Jumaat lalu adalah untuk golongan yang tercicir dan belum mendapat janji temu.

Inisiatif ini dilaksanakan selepas operasi peningkatan kapasiti pemberian vaksin kepada mereka yang sudah mendaftar sebelum ini yang dijangka bermula pada 1 Ogos nanti.

Namun begitu, menurut laporan, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) berkata inisiatif itu BUKAN untuk orang mereka yang sudah pun diberikan janji temu.

Kredit: CNA

CITF menjelaskan bahawa golongan yang belum mendapat janji temu membabitkan mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan, seperti yang diterangkan oleh Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini.

Individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang sudah mendaftar sebelum ini akan diberikan janji temu dalam masa terdekat. Individu yang masih belum mendaftar, tetapi tiada kekangan untuk berbuat demikian, juga digalakkan untuk mendaftar untuk vaksinasi secepat mungkin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin

Pada masa yang sama, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan beroperasi untuk tujuan ‘walk-in’ pada Ogos nanti akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak.

Manakala PPV sedia ada tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif itu.

CITF juga meminta supaya mereka yang sudah menerima janji temu vaksin untuk menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV yang diberikan.

Ini mengambil kira kehadiran varian baharu yang lebih ganas, kes Covid-19 yang tinggi dan keperluan untuk mendapat perlindungan melalui vaksin secepat mungkin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin

Terdahulu, satu mesej tersebar melalui aplikasi WhatsApp yang menyatakan bermula 1 Ogos ini semua penduduk Selangor dan Kuala Lumpur yang berusia 18 tahun ke atas yang masih tidak memperolehi vaksin boleh ke mana-mana PPV tanpa perlu mempunyai janji temu untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Mesej tersebut sekali gus menimbulkan kebimbangan kemungkinan berlaku kesesakan.

Oleh itu, Khairy dilaporkan berkata, mereka yang tidak ada dalam sistem Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) tetapi menetap di Selangor dan Kuala Lumpur dan ketinggalan bagi mendapatkan vaksin melalui PICK termasuk individu yang tidak memiliki dokumen pengenalan dan perjalanan boleh mendapatkan imunisasi secara masuk terus tanpa janji temu di semua PPV di negeri itu.


BACA JUGA: Beware! Ini Simptom Varian Delta Yang Perlu Diketahui


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

four − three =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd