Now Reading
Durian Kampung ‘Luar Biasa’ Dijual Dengan Harga RM500 Sebab Tak Jatuh Jejak Tanah

Durian Kampung ‘Luar Biasa’ Dijual Dengan Harga RM500 Sebab Tak Jatuh Jejak Tanah

Rezeki memang tak pernah salah alamat.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bulan Jun merupakan bulan yang paling dinanti-nanti oleh segelintir rakyat Malaysia pada setiap tahun.

Sebab apa?

Musim durian lah apa lagi.

(Kredit: Pexels)

Bila jalan sahaja di mana-mana, anda pasti akan dapat melihat longgokan durian yang dijual di atas kereta jenis 4X4, lori, atau ada juga penjual yang sanggup menjual di bonet kereta.

Nampak tak, musim raja buah ini memang hebat penangannya.

Durian Kampung RM500 sebiji?

Baru-baru ini telah tular satu video berdurasi 0:54 di mana seorang pemuda yang dikenali sebagai Wan Mahussin telah merakamkan durian kampung yang dijualnya dengan harga RM500 sebiji.

Tapi kenapa RM500? Ini jawapannya;

Ya, menurut video tersebut, durian kampung itu telah jatuh di atas keretanya sehingga menyebabkan cermin belakang retak seribu, sampaikan berlubang.

Durian kampung RM500 sebiji, durian depan rumah dan jatuh tak kena tanah.

Wan Mahussin

Akhirnya, durian RM500 itu ditawarkan untuk dibeli oleh Menteri Sumber Manusia

Melalui satu perkongsian oleh halaman Malaysia Most Viral, difahamkan bahawa durian berharga RM500 itu sudah dijual kepada Datuk Sri M. Saravanan Murugan yang juga Menteri Sumber Manusia.

Wan Mahussin telah dihubungi oleh Saravanan untuk membeli durian tersebut, malangnya tidak kesampaian kerana durian tersebut telah dimakan olehnya.

Saya jawab yang saya dah makan dan tanya Tuan daripada mana? Beliau jawab daripada kerajaan, terkejut jugak, bila disemak, Rupa-rupanya YB Datuk Sri M. Saravanan Murugan, Menteri Sumber Manusia. Beliau minta no akaun dan sumbang untuk menampung kos. Rezeki saya hari ini.

Wan Mahussin

Walau bagaimanapun, Saravanan tetap meminta nombor akaun bank Wan Mahussin bagi menyalurkan bantuan untuk membaiki cermin kereta yang pecah akibat dihempap durian.

Bukan setakat itu sahaja, nak dijadikan rezeki – Wan Mahussin juga ditawarkan untuk menjadi salah seorang duta kepada jenama Durian Mochi.

Rezeki sungguh.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

10 + ten =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd