Now Reading
Beware! Ini Simptom Varian Delta Yang Perlu Diketahui

Beware! Ini Simptom Varian Delta Yang Perlu Diketahui

Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2 itu pertama kali dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan di mana Varian Delta dianggap sebagai ‘ancaman terbesar’ yang telah dilaporkan menular di hampir 100 negara sekali gus menjadi varian #COVID19 dominan ketika ini terutama di negara seperti UK, Portugal, Afrika Selatan dan Rusia.

BACA SINI: Setakat 13 Julai, 76 Kes Varian Baharu Telah Dikenalpasti – KKM

Boleh rujuk infografik yang dikeluarkan oleh The Star di bawah:

Kredit: The Star

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran Varian Delta yang cepat merebak dan sentiasa bermutasi mengakibatkan dunia kini dalam tempoh bahaya.

UK mencatatkan kes COVID-19 Varian Delta terbanyak dengan lebih 82,000 kes diikuti India, AS, Jerman, Kanada, Singapura, Portugal dan Sepanyol.

Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2 itu pertama kali dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu.

BACA JUGA: Varian Delta Boleh Merebak Sepantas 15 Saat – Dr Noor Hisham

Menurut KKM, pihak mereka akan memulakan penjujukan genom bagi varian COVID-19 secara konsortium dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), universiti dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bulan ini (Julai).

Simptom-simptom Varian Delta

Varian Delta merupakan Variant of Concern (VOC) paling dominan di seluruh dunia dan paling bahaya.

KKM juga telah mengeluarkan amaran tentang simptom-simptom Varian Delta yang perlu diberikan perhatian, iaitu;

  • Sakit kepala berpanjangan
  • Keletihan dan kelesuan
  • Hidung berair/tersumbat
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sakit otot
  • Sakit tekak

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd