Now Reading
Varian Delta Boleh Merebak Sepantas 15 Saat – Dr Noor Hisham

Varian Delta Boleh Merebak Sepantas 15 Saat – Dr Noor Hisham

Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2 itu pertama kali dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kementerian Kesihatan baru-baru ini telah memaklumkan bahawa Varian baharu Delta boleh merebak dalam masa sepantas 15 saat sahaja.

Jika dibandingkan kes-kes positif Covid-19 sebelum ini, individu yang terdedah boleh menjangkitkan virus berkenaan dalam jangka masa kurang dari 15 minit dengan jarak satu meter.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, “Sifat virus ini berubah. Dengan varian Delta ini, dalam tempoh masa 15 saat boleh merebak dan jangkitan melalui udara.

“Disebabkan itu, walaupun sudah divaksinasi, kita nasihatkan orang ramai untuk kekal memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal,” jelasnya.

Beliau turut menggesa orang ramai untuk mengelakkan diri berada di tempat yang sesak atau sempit kerana jangkitan boleh berlaku di kawasan yang tidak mempunyai pengudaraan yang baik.

Tampil ke hadapan untuk mendapatkan vaksin kerana kita yakin ini dapat membendung kita daripada mendapat jangkitan Covid-19 yang lebih teruk.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Berita Harian.
Gambar sekadar hiasan.
Kredit: SINDOnews

WP Labuan hadapi kes peningkatan mendadak akibat Varian Delta

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, Dr Noor Hisham turut memberi contoh di mana sebelum ini Wilayah Persekutuan Labuan telah menunjukkan peningkatan kes yang mendadak akibat diserang Varian Delta.

Tambah beliau lagi, “Sebelum ini jangkitan di Labuan meningkat sebanyak 1,340 kes dalam masa satu minggu. Kita kesan terdapat jangkitan varian Delta yang dibawa oleh pekerja industri perkapalan.

“Dalam masa yang sama kita pertingkatkan tindakan kesihatan awam, termasuk program vaksinasi. Bila pemberian dos kedua mencecah lebih 52 peratus di Labuan, kita lihat kes di wilayah berkenaan sudah boleh dikawal dan kini hanya ada sekitar 26 kes dilaporkan,” katanya.

Jumlah kes dapat dikawal dengan vaksin

Walau bagaimanapun, jumlah kes berjaya dikawal dengan sebaiknya dengan peningkatan program pemberian vaksinasi di Labuan.

Jumlah kes di Labuan ketika itu sangat tinggi, disusuli Kuala Lumpur dan Selangor. Tindakan kawalan vaksinasi ini ternyata mampu membendung penularan. Dalam masa tiga minggu sahaja, ia sudah mampu dikawal.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Berita Harian.

Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2 itu pertama kali dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu. Namun sehingga kini, varian tersebut sudah merebak lebih 100 negara termasuk Malaysia.

BACA SINI: Setakat 13 Julai, 76 Kes Varian Baharu Telah Dikenalpasti – KKM


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd