Now Reading
Kedai Buku Serta Kedai Komputer & Telekomunikasi Boleh Beroperasi Mulai Hari Ini

Kedai Buku Serta Kedai Komputer & Telekomunikasi Boleh Beroperasi Mulai Hari Ini

Kebenaran operasi itu diputuskan melalui sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas mengambil kira maklum balas pelajar, ibu bapa, serta tenaga pengajar.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telah mengumumkan kesemua kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini (15 Julai 2021).

Menurut laporan Berita Harian, kebenaran operasi itu diputuskan melalui sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas mengambil kira maklum balas pelajar, ibu bapa, serta tenaga pengajar.

Gambar sekadar hiasan.

Menurut Ismail Sabri, pandemik Covid-19 ini telah mengubah cara pembelajaran harian dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

Justeru, kita membenarkan kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis untuk beroperasi sepanjang tempoh PPN. Ia antara lain untuk memastikan guru dan pelajar dapat menjalankan PdPR tanpa gangguan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

BACA JUGA: “Buat Homework Sambil Menangis” – Ibu Ini Luah Rasa Tertekan Urus Anak Ketika PDPR

Selain itu, Ismail Sabri turut berkata, sidang khas juga bersetuju membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan kebenaran polis bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan profesional.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16 + eleven =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd