Now Reading
Henti Terima Sinovac, Kelantan Akan Terima Vaksin Jenis Pfizer Sahaja Bermula Ogos

Henti Terima Sinovac, Kelantan Akan Terima Vaksin Jenis Pfizer Sahaja Bermula Ogos

Namun, individu yang sudah menerima dos pertama Sinovac akan tetap menerima dos yang sama untuk suntikan kedua.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Penerima vaksin Covid-19 di Kelantan akan menerima vaksin jenis Pfizer sepenuhnya bermula bulan Ogos ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Husin berkata penggunaan Pfizer adalah untuk menggantikan bekalan Sinovac dengan kadar jumlah yang sama.

Kami akan guna Pfizer untuk ganti Sinovac. Tiada isu berkaitan pengurangan jumlah bekalan di negeri ini, kami putuskan hanya guna Pfizer selepas ini dan ia bermula Ogos ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Husin.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa individu yang sudah menerima dos pertama Sinovac akan tetap menerima dos yang sama untuk suntikan kedua.

Kredit: Bernama

Beliau turut menekankan rakyat di Kelantan supaya tidak perlu bimbang mengenai kemungkinan tiada bekalan Sinovac untuk dos kedua kerana pihaknya telah mengatur jumlah dos sebaiknya sebagaimana jumlah penerima suntikan pertama.

Tiada sebab

Penerimaan vaksin jenis Pfizer untuk rakyat di Kelantan bermula Ogos ini walau bagaimanapun tidak diberikan sebab di sebaliknya.

“Cuma kami ingin maklum selepas ini akan guna Pfizer, itu saja. Harap seluruh rakyat beri kerjasama sebaiknya dan jangan mudah terpengaruh dengan pandangan negatif pihak tertentu melibatkan vaksin Pfizer,” jelasnya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd