Now Reading
Anda Peroleh Pendapatan Rendah Pada Tahun 2020? Betul, Setiap Orang Hadapinya

Anda Peroleh Pendapatan Rendah Pada Tahun 2020? Betul, Setiap Orang Hadapinya

Malaysia mungkin menghadapi cabaran yang sama pada tahun 2021.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Data yang dikumpulkan dari tahun 2020 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia yang bekerja di sektor awam dan swasta memperoleh 9% lebih rendah berbanding dengan gaji purata dan gaji yang dijana pada tahun 2019.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) menunjukkan bahawa pendapatan bulanan rata-rata rakyat jatuh kepada RM2,933 pada tahun 2020 berbanding dengan gaji purata pekerja iaitu RM3,000 yang diperoleh antara tahun 2018 dan 2019.

Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM)

Penurunan ini, jelas JPM, adalah pertama kalinya berlaku sejak 2010 – disebabkan oleh kesan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara pada tahun 2020.

Ketua Statistik JPM Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin mengatakan, “Sepanjang tahun 2020, pasaran buruh Malaysia mengalami momentum yang tidak rata berikutan krisis kesihatan dan permasalahan ekonomi. Ini telah menyebabkan kehilangan pekerjaan serta pembatalan atau pembekuan pengambilan pekerja baru dan seterusnya mengakibatkan jumlah pekerjaan merosot.”

Beliau turut menambah bahawa kawalan pergerakan ketat yang dilakukan ketika pandemik Covid-19 juga menyebabkan pemerosotan perniagaan, operasi dan waktu bekerja.

Selain itu, beliau turut menyentuh bahawa Malaysia akan menghadapi cabaran yang sama pada tahun 2021 kerana kes harian yang masih tetap tinggi. Namun, beliau optimis keadaan akan bertambah baik dan pulih tidak lama lagi.

Inisiatif yang berterusan akan dilaksanakan untuk membuka jalan menuju kepada pemulihan ekonomi yang disokong oleh pelbagai pakej rangsangan bagi memastikan kelangsungan perniagaan. Oleh itu, apabila keadaan ekonomi negara bertambah baik, ini akan membawa kepada pemulihan pasaran buruh dan seterusnya membantu meningkatkan gaji dan upah yang akan diterima oleh pekerja.

Ketua Statistik JPM Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin melalui CNA.

Data JPM juga menunjukkan bahawa pada tahun 2020;

  • Upah dan gaji pekerja mahir menurun paling tinggi berbanding dengan pekerja separuh mahir dan berkemahiran rendah.
  • Pendapatan bulanan bagi median dan mean bagi lelaki lebih tinggi daripada wanita sebanyak 2.6% dan 3.7%.
  • Pekerja yang berumur antara 34 hingga 44 tahun memperoleh lebih daripada pekerja yang berumur antara 45 hingga 54 tahun.
  • Bangsa Cina di Malaysia memperoleh lebih banyak pendapatan berbanding kaum Bumiputera, India, dan lain-lain.
  • Lokasi gaji tertinggi di Malaysia adalah Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Selangor (mengikut turutan).
  • Rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan bandar menjana pendapatan lebih tinggi daripada penduduk di luar bandar.

Untuk maklumat lebih lanjut, rujuk “Salaries & Wages Survey Report, Malaysia, 2020” oleh JPM (KLIK SINI).


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd