Now Reading
[VIDEO] Rindu Nak Travel Punya Pasal, Lelaki Ini Buat Parodi Paling ‘Relatable’

[VIDEO] Rindu Nak Travel Punya Pasal, Lelaki Ini Buat Parodi Paling ‘Relatable’

Betul-betul rasa macam ada dekat KLIA.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila kali terakhir korang pergi travel naik flight?

Lebih dari setahun yang lepas, kan? Itu pun mungkin penerbangan domestik sahaja sebab biasanya akhir tahun baru boleh plan untuk bercuti ke luar negara.

Tapi apakan daya, tak sempat. Datang pula virus Covid-19 yang sehingga kini masih belum menghilang. Sobs.

Kredit: Tatler Hong Kong

Rindunya.

Parodi yang orang ramai boleh relate

Seorang pengguna aplikasi TikTok baru-baru ini telah mengeluarkan satu konten parodi khas buat mereka yang rindu ingin bercuti ke luar negara menaiki kapal terbang.

Video itu melakonkan suasana seolah-olah dia berada lapangan terbang, berpakaian lengkap seperti ingin pergi bercuti dengan bagasi dan pasport di tangan.

Padahal, keliling rumah je. Memang berdekah bila tonton video ni.

Setakat ini video tersebut telah berjaya meraih lebih 120K likes dan 978K tontotan setelah dimuat naik oleh Hadrey Ali.

Tonton video penuh di bawah:

@diva.h.a

jom kita ke Bangkok ✈️rindu travel 😓 ##fyp ##tiktokmalaysia ##travel

♬ original sound – 🧊surayooo🧊 – surayooo

Untunglah dapat window seat. 😀

Tapi paling kelakar, bil elektrik ye yang digantikan sebagai tiket penerbangan.

#CanRelate – Netizen pun terhibur!

Konten-konten seperti inilah yang netizen inginkan. Baru dapat hiburkan hati yang lara ni. 🙂


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd