Now Reading
[TERKINI] 204 Petugas Di PPV IDCC Shah Alam Positif Covid-19

[TERKINI] 204 Petugas Di PPV IDCC Shah Alam Positif Covid-19

Keputusan RT-PCR telah menunjukkan kesemua yang positif mempunyai Ct lebih daripada 35 di mana mereka mempunyai load virus yang rendah. – Khairy Jamaluddin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Susulan penutupan PPV Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam ditutup selama satu hari iaitu hari ni (13 Julai 2021) berikutan kes positif Covid-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut – kini membawa angka positif yang semakin tinggi.

BACA JUGA: Petugas Didapati Positif Covid-19, PPV IDCC Shah Alam Ditutup Hari Ini

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin hari ini telah mengeluarkan kenyataan di mana 204 petugas di PPV IDCC Shah Alam positif Covid-19 selepas saringan beramai-ramai dilakukan pada 10 Julai 2021.

Saya telah mengarahkan supaya satu ujian saringan COVID-19 beramai-ramai ke atas petugas di IDCC dibuat sebaik sahaja kami mendapat laporan mengenai dua sukarelawan yang disahkan positif. Ujian ini telah dijalankan pada 10 Julai 2021 melibatkan kesemua petugas. Keputusan RT-PCR telah menunjukkan kesemua yang positif mempunyai Ct lebih daripada 35 di mana mereka mempunyai load virus yang rendah. Kebarangkalian mereka boleh menjangkiti orang lain adalah rendah berdasarkan guideline WHO.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Beliau turut menjelaskan bahawa berikutan angka kes jangkitan COVID-19 yang tinggi di Lembah Klang, adalah sukar untuk kita pastikan sama ada sesuatu jangkitan itu berlaku di IDCC atau di tempat lain.

Tambahnya lagi, sebagai langkah berjaga-jaga, CITF menyarankan kepada mereka yang telah hadir bagi vaksinasi di IDCC pada 9 Julai daripada pukul 4 petang untuk memantau gejala selama 10 hari.

Saya ingin menyeru orang ramai untuk hadir ke janji temu mereka di PPV IDCC seperti biasa selepas ini di samping mematuhi SOP dan penjarakan fizikal sepanjang masa, datang mengikut masa yang diberikan serta pastikan terus pulang selepas selesai urusan vaksinasi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd