Now Reading
5,000 Keluarga Di Muar Terima Bantuan ‘Food Bank’ Dari Ahli Parlimen, Syed Saddiq

5,000 Keluarga Di Muar Terima Bantuan ‘Food Bank’ Dari Ahli Parlimen, Syed Saddiq

Jumlah sumbangan asal yang dianggarkan untuk 3,000 keluarga dapat dihulurkan untuk membantu lebih 5,000 keluarga. Terbaik, Syed Saddiq!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq, masih tidak berhenti ‘bekerja’ untuk rakyat di Muar. Kali ini, sumbangan bank makanan yang diberikan kepada 5,000 keluarga memerlukan telah menarik perhatian rakyat Malaysia termasuk di luar Muar.

Syed Saddiq membuktikan bahawa jumlah sumbangan yang dapat dihulurkan adalah lebih banyak jika orang ramai serta perniagaan bekerjasama antara satu sama lain.

Mengikut catatan Twitternya, makanan itu dibeli dengan diskaun yang banyak oleh KK Mart, sementara enam treler 20 tan disediakan secara percuma oleh pihak The Lorry.

Oleh kerana banyak diskaun dan pertolongan yang diberikan, jumlah sumbangan asal yang dianggarkan untuk 3,000 keluarga dapat dihulurkan untuk membantu lebih 5,000 keluarga.

Bantuan makanan itu merangkumi bahan asas seperti; beras 10kg, bihun, minyak masak, tepung, kicap, sambal, biskut, teh, dan sardin.

Sokongan padu

Netizen mula memberikan sokongan dan pujian setelah melihat inisiatif yang dilakukan oleh Syed Saddiq, terutamanya selepas gerakan #BenderaPutih di seluruh negara dilancarkan.

Ada juga segelintir netizen meminta Ahli Parlimen lain untuk mencontohi apa yang dilakukan Syed Saddiq – membantu rakyat secara langsung.

Bahkan rakan-rakannya turut memuji Syed Saddiq dengan menyatakan bahawa tidak seharusnya orang muda dijadikan sebagai ‘lawan’.

Malah, mereka juga boleh menjadi guru ataupun rakan sekerja.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd