Now Reading
Cara Memohon i-Citra KWSP Mulai Hari Ini, 12 Julai

Cara Memohon i-Citra KWSP Mulai Hari Ini, 12 Julai

Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan inisiatif terbaharu oleh KWSP iaitu i-Citra yang diperkenalkan di bawah Pakej PEMULIH.

BACA SINI: PART 2: Senarai Bantuan Pelan Pemulihan Negara Untuk Ekonomi

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Mereka yang layak adalah; ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap, dan mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Anggota perkhidmatan awam juga boleh memohon i-Citra.

Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Untuk pengetahuan anda, laman web rasmi i-Citra telah diaktifkan sekitar jam 11:30 malam tadi (11 Julai).

Permohonan i-Citra diawalkan tiga hari sebelum bermula hari ini (12 Julai)

Bagi memudahkan urusan permohonan anda, kami sertakan panduan pengguna sebagai rujukan.

Boleh lihat di bawah untuk step-by-step:

  1. Layari icitra.kwsp.gov.my dan pilih PERMOHONAN
  2. Isikan nombor MyKad/MyPR dan nombor telefon bimbit
  3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan nombor OTP atau soalan keselamatan
  4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN. Rujuk pada A atau B di sebelah kanan.
  5. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN
  6. Tetapkan AMAUN PILIHAN anda dengan menggerakkan penunjuk
  7. Tekan TERUSKAN
  8. Lengkapkan maklumat pemohon, maklumat pembayaran, dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
  9. Semak semula maklumat dan tandakan BETUL sebelum tekan HANTAR
  10. Selesai.

NOTA:

  • Amaun bayaran dibundarkan ke bawah kepada nilai puluh terdekat.
  • Bayaran pengeluaran ini tidak menjejaskan bayaran bulanan i-Sinar ahli yang masih berjalan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi i-Citra di link ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

13 + 11 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd