Now Reading
Selangor Dijangka Beralih ke Fasa 2 PPN Pada September

Selangor Dijangka Beralih ke Fasa 2 PPN Pada September

90% jangkitan di Selangor sebelum ini dikaitkan berasal dari tempat kerja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kerajaan Negeri Selangor menjangkakan negeri berkenaan akan memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Nasional (PPN) menjelang September tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di beberapa daerah di Selangor adalah inisiatif bagi mengurangkan jumlah jangkitan Covid-19.

Beliau menjelaskan bahawa PKPD bertujuan menyelamatkan kesihatan rakyat dan keberkesanannya tidak boleh diukur dalam masa sesingkat tiga atau empat hari.

Malah, berdasarkan pengalaman – beliau berkata kadar penurunan kes di Selangor berlaku selepas tiga minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan 2.0.

Selain itu, bagi mencapai fasa dua PPN, jumlah vaksinasi harian penduduk juga perlu dipertingkatkan, jelasnya.

Menjelang minggu hadapan sebanyak 10% golongan dewasa sudah menerima vaksin.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari melalui Berita Harian.

Penutupan operasi kilang tertakluk kepada keputusan MKN

Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan perbincangan bagi mengesyorkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mempertimbangkan hanya membenarkan sektor perlu sahaja beroperasi di kawasan PKPD serta mengekalkan penutupan sektor ekonomi dan industri lain sehingga tamat tempoh PKPD.

Namun, Amminudin menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak dapat mengarahkan penutupan operasi kilang di Selangor sepenuhnya kerana ianya tertakluk keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jelasnya lagi, hanya premis yang beroperasi di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor sahaja boleh diarahkan tutup.

Amirudin sebelum ini menyatakan bahawa lebih daripada 90% jangkitan koronavirus yang dikesan di Selangor berasal dari tempat kerja.

Pada bulan Jun, terdapat sejumlah 125 kelompok tempat kerja di seluruh negeri, dengan 80% kes berkaitan dengan kilang, sementara 11% lagi berasal dari tapak pembinaan.

Jangkitan Covid-19 di Selangor kekal pada tahap tertinggi sepanjang masa. Rekod sebanyak 4,400 kes baru dicatatkan di negeri ini pada 9 Julai – menjadikan jumlah keseluruhan 277,393 kes kumulatif di negeri ini.

BACA JUGA: Not Fake News, Wrong Info Says KKM After Viral Post Of Shah Alam CAC

Data terbaru dari Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan bahawa 20.1% penduduk Selangor telah menerima dos pertama vaksin Covid-19, sementara 6.8% lagi telah menerima kedua-dua suntikan.

Dari jumlah itu, 27.7% daripada mereka yang telah diberi vaksin dengan dos pertama adalah golongan orang dewasa sementara 9.4% daripada golongan itu juga telah menerima kedua-dua dos vaksin.

BACA JUGA: Pemberian Vaksin Melepasi Angka 300,000 Dos Sehari Selama 4 Hari Berturut-turut


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd