Now Reading
Pemberian Vaksin Melepasi Angka 300,000 Dos Sehari Selama 4 Hari Berturut-turut

Pemberian Vaksin Melepasi Angka 300,000 Dos Sehari Selama 4 Hari Berturut-turut

Syabas, Malaysia!

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu kenyataan memberitahu bahawa lebih daripada 300,000 dos suntikan vaksin Covid-19 telah diberikan selama empat hari berturut-turut.

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 setakat 8 Julai 2021 ialah 10,413,270 dos.

376,909 dos pada 8 Julai, yang tertinggi setakat ini.

Jumlah yang menerima dos pertama ialah 7,222,481 orang. Daripada jumlah itu, 3,190,789 orang juga menerima dos kedua.

Pada 15 Jun yang lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan sasaran peningkatan kadar vaksinasi kepada lebih 300,000 dos sehari selepas Jun di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

BACA SINI: PART 3: Senarai Bantuan Pelan Pemulihan Negara Untuk Meningkatkan Vaksinasi

Usaha ini juga bagi memastikan negara berjaya mencapai imuniti kelompok dan seterusnya membawa kita kembali menjalani kehidupan yang menghampiri kehidupan sebelum pandemik Covid-19.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4 × 4 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd