Now Reading
Lelaki Ini Dedah Budaya Kerja Di Singapura. Tak Sangka Begini Rupanya!

Lelaki Ini Dedah Budaya Kerja Di Singapura. Tak Sangka Begini Rupanya!

Mungkin lain orang, lain penceritaan serta pengalaman yang dihadapi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila bercakap tentang budaya kerja, kita semua tahu bahawa setiap organisasi mempunyai budaya kerja tersendiri.

Menurut laporan, kepelbagaian budaya akan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kompetitif. Ini kerana kepelbagaian di tempat kerja merujuk kepada pelbagai perbezaan antara individu dalam organisasi.

Malah, bukan sahaja termasuk bagaimana individu mengenal pasti diri mereka tetapi juga bagaimana orang lain melihatnya.

Dan, kepelbagaian di tempat kerja merangkumi; bangsa, jantina, kumpulan etnik, umur, agama, orientasi seksual, status kewarganegaraan, perkhidmatan ketenteraan dan keadaan mental dan fizikal, serta ciri yang berbeza antara orang lain.

Kredit: Today

Pendek kata, apabila syarikat merekrut dan mengekalkan kumpulan orang yang pelbagai, ianya akan membawa manfaat yang berbeza kepada syarikat serta pekerja.

Lelaki ini dedahkan budaya kerja di Singapura

Dalam satu tweet yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu Baqir melalui rangkaian tweets pada 6 Julai lalu telah meraih perhatian warganet. Ini kerana dalam tweet tersebut dia menceritakan bagaimana budaya kerja dengan syarikat di Singapura.

Dia merupakan rakyat Malaysia yang berkhidmat untuk syarikat berkenaan dan masih bekerja secara ‘remote’ dari Malaysia.

Malah, dia turut memberitahu bahawa pernah tertidur pada waktu tengah hari, dan meeting akan dijalankan pada jam 2 petang – tapi mereka akan mulakan meeting terlebih dahulu walaupun masih tak cukup orang (mereka tak akan tunggu).

Dan selepas meeting, sesiapa yang terlepas perlu bertanya kepada orang lain.

Tak kacau lepas jam 6 petang

Always check on employee. Bos aku selalu tanya “Baqir, are you overload?, if you need staff to help you let me know”. Ya aku dah minta sorang dah dapat dapat within 2 weeks only.

Baqir melalui rangkaian tweets di Twitter.

Warganet mula berkongsi pengalaman bekerja dengan syarikat di luar negara


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd