Now Reading
Hadir Ke PPV Sedikit ‘Aneh’, Tapi Apa Yang Dibuat Pakcik Ini Sebelum Pulang Amat Menyentuh Hati

Hadir Ke PPV Sedikit ‘Aneh’, Tapi Apa Yang Dibuat Pakcik Ini Sebelum Pulang Amat Menyentuh Hati

Pakcik itu dikatakan telah meraih perhatian orang ramai dengan apa yang dipakai di kepalanya iaitu satu plastik diikat pada lehernya.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


“Never judge a book by its cover” – antara pepatah yang menggambarkan satu posting instagram yang dimuat naik oleh Universiti Sains Malaysia (USM).

Seorang lelaki warga emas dilihat berbaju polo warna merah jambu, berseluar pendek, dan memakai topi hadir ke PPV di USM untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Tiada apa yang salah dari segi pemakaiannya itu, namun pakcik itu dikatakan telah meraih perhatian orang ramai dengan apa yang dipakai di kepalanya iaitu satu plastik diikat pada lehernya.

Malah, ada juga yang mengetawakan perbuatannya itu.

Menurut posting tersebut, pakcik itu telah datang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) semalam (8 Julai), kelihatan agak aneh.

Setelah selesai mendapatkan suntikan vaksin, dia ke tempat urusetia dan apa yang dilakukannya pada ketika itu telah membuatkan orang ramai terkejut dan terharu pada masa yang sama.

“Petugas barisan hadapan telah bekerja sangat keras. Tolong belikan mereka makan tengah hari,” katanya sambil menghulurkan sejumlah wang yang banyak.

Dia selepas itu pergi meninggalkan PPV dengan menaiki sebuah teksi yang sama dinaikinya ketika sampai.

Rata-rata orang awam yang menyaksikan kejadian itu berasa sangat terharu.

“Faith in humanity restored”

Posting tersebut telah menerima lebih 8,684 likes dan komen yang ditinggalkan juga rata-ratanya memberikan sokongan dan pujian yang tinggi kepada pakcik tersebut. Ada juga yang menangis dan mengatakan kita tidak layak untuknya. Apa pun, sikap mulia pakcik itu ternyata membuka mata dan hati orang ramai.

Oh ya, jika anda bimbang tentang keselamatan pakcik itu – dia juga telah dinasihatkan untuk mencabut ‘perlindungan’ tidak konvensional yang dipakai olehnya dan seterusnya diberikan topeng pelindung muka oleh petugas kesihatan di situ.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

nineteen − 13 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd