Now Reading
Malaysia Catat Kes Positif Kedua Tertinggi Hari Ini Dengan 8,863 Kes, Pada Pertengahan PKPD

Malaysia Catat Kes Positif Kedua Tertinggi Hari Ini Dengan 8,863 Kes, Pada Pertengahan PKPD

Jumlah kes tertinggi adalah 9,020 kes pada 29 Mei 2021, dan ketika itu Malaysia tidak berada di bawah PKPD.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menurut Kementerian Kesihatan, Malaysia mencatatkan 8,868 kes positif Covid-19 pada hari ini (8 Julai 2021).

Ini merupakan angka harian kedua tertinggi di negara yang pernah direkodkan selepas 9,020 kes yang telah dilaporkan pada 29 Mei lalu.

Selangor masih mencatatkan kes positif tertinggi iaitu dengan 4,152 kes baru, sementara Kuala Lumpur dengan 1,133 kes.

Kes kumulatif negara kini telah mencapai angka 800,000 dengan sejumlah 808,658 jangkitan baru.

Jumlah jangkitan di negeri lain adalah seperti berikut:

  • Negeri Sembilan (897 kes)
  • Perak (543)
  • Kedah (360)
  • Johor (336)
  • Sarawak (281)
  • Sabah (271)
  • Pulau Pinang (237)
  • Melaka ( 183)
  • Pahang (152)
  • Kelantan (135)
  • Terengganu (68)
  • Labuan (64)
  • Putrajaya (47)
  • Perlis (1)

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd