Now Reading
Jenis Liat Nak Bangun Subuh? Boleh Ikuti Tips Ini, Mungkin Lebih Efektif

Jenis Liat Nak Bangun Subuh? Boleh Ikuti Tips Ini, Mungkin Lebih Efektif

Kita sama-sama cuba okay? Mungkin boleh improve lebih-lebih lagi waktu PKP ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jumlah jam paling afdhal dan normal untuk tidur secukupnya adalah 7-8 jam.

Namun, ianya boleh berubah mengikut faktor umur. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan individu yang sudah meningkat umur memang akan ada waktu tidur yang berbeza-beza.

Menurut sumber, kajian yang dilakukan oleh saintis mengatakan bahawa setiap malam ketika anda sedang tidur – otak dan tubuh badan akan melalui ‘kitaran tidur.’

Kredit: IncheNaim

Peringkat 1: Ketika anda sedang tidur, peringkat ini bermula dimana anda meletakkan kepala di atas bantal dan menutup mata. Selalunya ini mengambil 15-20 minit. Anda akan masih berjaga dan sedikit bunyi pun akan membangunkan anda.

Peringkat 2: Anda sedang mula hilang kesedaran tetapi masih tidak tidur sepenuhnya. Anda mungkin tidak akan terbangun pada bunyi yang ringan atau pergerakan dalam bilik tetapi sekiranya seseorang menyentuh, anda mungkin akan bangun.

Peringkat 3 & 4: Anda telah masuk ke peringkat tidur mati. Tidak sedar pada peringkat ini, atau secara praktikalnya ‘mati’ seperti yang orang katakan, dan tubuh serta otak anda sedang melakukan kerja membaikpulih pada waktu ini.

Peringkat 5: Ia dikenali sebagai peringkat REM (Rapid Eye Movement) dan inilah peringkat dimana kebanyakkan mimpi berlaku.

Pada akhir peringkat kelima, anda akan mula keluar daripada ketidaksedaran kepada kesedaran dan sedia untuk memulakan kitaran tidur daripada peringkat 1 semula.


Nak hilangkan ‘liat’ bangun Subuh?

Kredit: Solopos.com

Seorang pengguna Twitter iaitu Nasrul telah berkongsikan cara-cara terbaik untuk bangun subuh awal. Tips tersebut dikongsikan olehnya melalui rangkaian tweets dan berjaya meraih lebih 14K retweets setakat ini.

Tapi yang penting, tidur pun kena awal lah.

Menurutnya, tips kedua adalah; kurangkan melihat handphone selepas pukul 10 malam. Yang menyebabkan kita susah nak bangun subuh adalah bebannya mata yang melihat banyak kejahatan di media sosial dan internet.

Tips ketiga adalah pada waktu maghrib dan isyak, wajibkan diri untuk berada di rumah. Demi untuk memastikan kita dapat solat maghrib dan isyak yang tak lewat. Masuk waktu, kita solat terus. Itulah kekuatan untuk bangun subuh.

Paling utama sekali, untuk tips keenam – Minta pada Allah untuk bangun subuh kerana kekuatan bangun subuh ini juga ada pada Allah. Bangunkan aku wahai Allah esok hari. InsyaAllah, kita akan mudah bangun subuh.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd