Now Reading
“Buat Homework Sambil Menangis” – Ibu Ini Luah Rasa Tertekan Urus Anak Ketika PDPR

“Buat Homework Sambil Menangis” – Ibu Ini Luah Rasa Tertekan Urus Anak Ketika PDPR

PDPR ini sememangnya mencabar buat ibu bapa dan tenaga pengajar.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa yang bekerja di rumah (WFH) mengalami cabaran untuk mengurus anak-anak yang sedang melalui proses Pengarajan & Pembelajaran Di Rumah (PDPR).

Anak-anak dan ibu-bapa mula mengerut dahi dan akui stres ketika menjalani proses tersebut.

Mana tidaknya, segelintir ibu bapa harus berusaha mengingati semula topik bagi setiap mata pelajaran yang telah ditinggalkan berbelas atau berpuluh tahun lalu.

Macam-macam telatah ibu bapa waktu PDPR ni.

Ibu ini luah rasa tekanan urus anak ketika PDPR

Dalam hal ini; tiada satu formula yang komprehensif untuk semua, jadi tepuk dada tanya selera. Semuanya bergantung pada bagaimana situasi atau jenis pekerjaan ibu bapa juga.

Namun, apa yang kita cari adalah situasi ‘win-win’ iaitu amanah pekerjaan dilunaskan dan tanggungjawab sebagai ibu bapa tidak terabai.

Tidak dinafikan, ianya bukan hal yang mudah buat sesetengah ibu bapa.

Seperti wanita ini yang dikenali sebagai Qawiydad Qawiy baru-baru ini telah meluahkan rasa tertekan mengurus anak-anak ketika PDPR. Menurutnya, dia hampir berhentikan sekolah anak-anaknya.

Ummi rasa mental sangat.. ni baru ummi yg rasa. Tak tau la anak 5 tahun mcm mn.. hari2 kena marah dgn ummi suruh siapkn.. suruh buat cantik2… tk blh tk siap.. tk boleh tak cantik.. bila dia buar keje cantik cikgu bg bintang dia suka sangat.. berseri2 muka dia.. next day push buat cantik2 smpai nangis2.. smpai tgh mlm..atas tilam bru siap.. ummi mmg jenis tk blh smpan..tk puas hati mmg kena luah.. tk tau la parents lain.. kadang2 ummi rasa nk berentikn je…

Qawiydad Qawiy melalui status di laman Facebook miliknya.

Netizen bersuara

Kredit: Facebook

Kesimpulannya, ibu bapa tidak mempunyai bakat mengajar yang secukupnya untuk mengajar anak-anak di rumah. Ini kerana segelintir ibu bapa masih perlu bekerja dan pada yang sama mengawasi dan mengajar anak-anak supaya mereka tidak ketinggalan dalam apa jua mata pelajaran.

Bagi pihak tenaga pengajar pula, keadaan menjadi semakin sukar buat mereka apabila proses pembelajaran tidak dilakukan secara face-to-face. Mungkin banyak perkara yang buatkan ibu bapa terlepas pandang dan sukar untuk tenaga pengajar keep track semula.

Diharapkan supaya kedua-dua pihak untuk lebih bertolak ansur dan memudahkan kerja anak-anak untuk menjalani proses yang sememangnya sukar ini. Pada masa yang sama proses PDPR juga akan menjadi lebih lancar.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

10 − 8 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd