Now Reading
[VIDEO] Pekerja Lari Lintang Pukang Panjat Pagar Bukan Kerana Serbuan Pihak Berkuasa

[VIDEO] Pekerja Lari Lintang Pukang Panjat Pagar Bukan Kerana Serbuan Pihak Berkuasa

Syarikat itu mengalami ‘false fire alarm trigger’ ketika proses pemeriksaan sistem pendawaian di dalam bangunan berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Lewat malam semalam (6 Julai) telah tular di media sosial di mana satu video menunjukkan puluhan pekerja berlari lintang-pukang sehingga ada yang terjatuh serta memanjat pagar.

Video tersebut telah disebarkan luas di media sosial sehingga ada yang membuat spekulasi tersendiri kononnya pihak kilang ‘buka’ pintu belakang untuk pekerja lari ketika diserbu pihak berkuasa.

Namun sebaliknya, menurut laporan,  syarikat kurier di Persiaran Jublee Seksyen 22 itu mengalami ‘false fire alarm trigger’ ketika proses pemeriksaan sistem pendawaian di dalam bangunan syarikat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata siasatan mendapati kejadian berlaku antara jam 4.30 hingga 5 petang semalam.

Rakaman video viral yang menunjukkan ramai pekerja lompat pagar lari dari syarikat itu bukan kerana operasi atau serbuan mana-mana pihak penguatkuasa. Ketua keselamatan syarikat memaklumkan, ada ‘false fire alarm trigger’ dalam proses pemeriksaan sistem pendawaian dan sudah memaklumkan bunyi ‘alarm’ berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib melalui Berita Harian.

Bunyi tersebut juga menyebabkan semua pekerja panik dan lari keluar kerana bimbang akan berlaku kebakaran.

Tambahan pula, selepas siasatan lanjut dilakukan mendapati syarikat itu baru beroperasi kira-kira sebulan lalu.

Memandangkan syarikat baru beroperasi, ramai pekerja dan pihak pengurusan belum didedahkan dengan ilmu latihan kebakaran seperti tempat berhimpun dan tindakan mengosongkan bangunan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib melalui Berita Harian.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd