Now Reading
#TIL: Baru, Baharu & Bahru – Ejaan Lain, Maksud Lain

#TIL: Baru, Baharu & Bahru – Ejaan Lain, Maksud Lain

Thank us later!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebutan memang sama, tapi maksud untuk tiga perkata ini: baru, baharu, dan bahru adalah berbeza.

Sebilangan besar rakyat Malaysia hanya menggunakan “baru” dalam perbualan harian, tetapi sebenarnya terdapat penggunaan tatabahasa yang berbeza dalam ketiga-tiga istilah ini.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menjawab soalan umum mengenai tiga perkataan tersebut selama hampir satu dekad, dan kami akan memperjelaskannya kepada korang semua:

Baru dan Baharu = ‘baru’ dalam konteks yang berbeza

Walaupun ‘baru’ dan ‘baharu’ kedua-duanya mempunyai erti yang sama, ianya digunakan dalam konteks yang berbeza.

Baru’ digunakan dalam konteks waktu. DBP menjelaskan ianya sama dengan perkataan Inggeris ‘just’.

Sebagai contoh, ayat seperti “I just heard of this” ditulis sebagai “Saya baru dengar.”

Baharu‘ digunakan sebagai kata sifat untuk kata nama. DBP menjelaskan ianya sama dengan bahasa Inggeris ‘new’. Contohnya, “a new car” ditulis sebagai “kereta baharu”.

Selain itu, ‘baharu’ juga lebih sering digunakan dari segi bahasa atau dasar undang-undang. Contohnya, perkataan untuk “pembaharuan” dieja dengan “baharu” sebagai kata dasarnya dan bukan “baru”.

Bahru = Baru, tapi untuk nama

Ejaan “Bahru” hanya digunakan dalam nama, seperti Johor Bahru – kerana ianya adalah nama rasmi yang diwartakan dan tidak boleh diubah. (Seperti Mahiaddin!)

BACA JUGA: It’s Mahiaddin Yassin From Now On For Official Documents, Gov’t Officials Told

Baru tahu? Kami pun sama.

Ini kerana bahasa Malaysia menjadi terlalu ‘rojak’ sehinggakan penggunaan tatabahasa kita dalam kehidupan seharian menjadi tidak betul dan terlalu flesibel. Akan tetapi, kita masih boleh mengasah lagi cara pertuturan dan penggunaan ayat Bahasa Melayu, mana tahu nanti nak bertutur secara formal.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd