Now Reading
Abe Klate Bagi Penjelasan Kepada DSV Kenapa #BenderaPutih Bukan Pemalas

Abe Klate Bagi Penjelasan Kepada DSV Kenapa #BenderaPutih Bukan Pemalas

Penjelasan deep dan on-point. Tak faham lagi tak tahulah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini telah tular di mana satu video kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli perniagaan, Datuk Seri Vida (DSV) mengatakan bahawa orang ramai yang terkesan seharusnya lebih berusaha dan bukan hanya mengharapkan bantuan.

Video berdurasi 0:45 saat tersebut telah dikongsikan secara meluas di media sosial dan setakat ini menerima reaksi yang berbeza oleh netizen. Ada yang setuju, dan sebaliknya.

BACA SINI: [VIDEO] DSV Beri ‘Nasihat’, Jangan Jadi Pemalas Dan Harapkan #BenderaPutih

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh DSV adalah bersifat ‘penghinaan’ buat mereka yang ditimpa musibah dan kesusahan akibat pandemik Covid-19 ini.

Lelaki ini beri penjelasan berpihak kepada rakyat yang terkesan

Seorang lelaki yang berasal dari Kelantan ini membalas kenyataan DSV melalui satu video yang dimuat naik olehnya di TikTok dengan menjelaskan isu sebenar yang terjadi di sebalik mengapa munculnya gerakan #BenderaPutih ini.

Penjelasan yang diberikan sememangnya mudah untuk difahami (kecuali kalau korang tak faham bahasa Kelantan).

Macam ini, saya nak jelaskan – mereka tak minta gelang emas datuk, tak minta harta datuk, mereka cuma cakap nak minta bantuan untuk beli susu dan pampers anak. Saya pun pernah ada anak, pernah tak makan, dan dulu pernah tak ada susu. Ibu bapa akan buang maruah dan malu demi anak-anak. Kalau datuk tak boleh nak tolong, datuk jangan nak kecam orang kata orang malas. Zaman musim pandemik ni, macam-macam boleh berlaku, ada yang sanggup bunuh diri sebab tekanan hidup. Jadi, datuk jangan mengata orang macam tu.

@selichaw melalui video di aplikasi TikTok.

Namun, jika anda yang ingin menonton video penuh, boleh klik sini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd