Now Reading
Wanita Ini Disaman RM4,000 Lepas Bawa Ibu Keluar Beli Barang Dapur

Wanita Ini Disaman RM4,000 Lepas Bawa Ibu Keluar Beli Barang Dapur

SOP PKPD hanya membenarkan satu (1) orang dari isi rumah untuk keluar membeli barangan keperluan.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini telah tular di mana seorang wanita yang tinggal di Petaling Jaya telah disaman RM4,000 oleh pihak berkuasa gara-gara membawa ibunya ke Mydin Hypermarket Mall di USJ 1, Subang Jaya.

Perkara tersebut telah dimuat naik sendiri olehnya melalui Facebook dan dia turut menyuarakan rasa tidak puas hati dengan saman yang diterima.

Dalam catatan Facebooknya, dia mendakwa bahawa pihak polis menunggu di tempat letak kereta pusat membeli-belah tersebut untuk memberikan saman kepada pembeli yang melanggar SOP.

Dia membawa ibunya ke pasar raya itu untuk membeli bahan rempah India kerana tidak lagi dibenarkan untuk ke Brickfields. Oleh disebabkan itu, dia dan ibunya didenda RM2,000 setiap seorang dengan jumlah RM4,000 kerana keluar pergi membeli barang dapur.

“Ikut SOP”

Walaupun wanita itu menyatakan kekecewaannya dengan saman yang diterima, kebanyakan orang tidak bersimpati dan mendakwa bahawa dia jelas melanggar SOP.

Malah, ramai juga yang bimbang kerana dia telah membawa ibunya keluar pada waktu ini. Lebih-lebih lagi dengan virus pandemik Covid-19 yang lebih senang menyerang orang lebih tua.

Ada juga yang ‘menyakat’ dan mengatakan bahawa ini adalah masa yang tepat untuk dia belajar berdikari dan mula untuk beli barang dapur tanpa bantuan ibunya.

PSA untuk rakyat Malaysia

Ada juga yang benar-benar tidak menyedari bahawa SOP telah berubah lagi. Sebelum ini, 2 orang dari setiap isi rumah diizinkan keluar untuk membeli barangan keperluan, namun PKPD yang baru ini bermaksud peraturan telah diperketatkan lagi.

Memang benar, ramai yang sudah biasa membeli barangan dapur di pasar raya. Tapi pada waktu sekarang ini adalah lebih baik jika boleh pesan secara dalam talian sahaja.

Selamat pun selamat. Tak perlu keluar rumah. Kan?

Subang Jaya yang berada di bawah Daerah Petaling di Selangor kini berada di bawah PKPD bermula 3 Julai hingga 16 Julai 2021.

BACA SINI: [TERKINI] PKPD Di Beberapa Daerah Di Selangor & Beberapa Lokaliti Kuala Lumpur Bermula 3 Hingga 16 Julai

SOP PKPD baru juga melarang perjalanan untuk bekerja melainkan anda bekerja untuk sektor penting, dan hanya 1 wakil dari isi rumah yang dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

seven − 6 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd