Now Reading
Pemberian Vaksin Melepasi 300,000 Dos Sehari Setakat 5 Julai

Pemberian Vaksin Melepasi 300,000 Dos Sehari Setakat 5 Julai

Kalau konsisten macam ini lagi cantik. Road to herd immunity!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Lebih daripada 300,000 dos suntikan vaksin Covid-19 telah diberikan pada 5 Julai dan ianya merupakan rekod harian tertinggi setakat ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bersama seluruh petugas barisan hadapan, sukarelawan serta rakyat Malaysia yang bersama-sama menjayakan program vaksinasi ini.

Alhamdulillah, semalam kita berjaya mencapai kadar vaksinasi sebanyak 313,761 dos sehari, dengan sejumlah 6.585 juta orang sudah menerima dos pertama dan hampir 2.735 juta lagi lengkap dua dos suntikan vaksin. Melihat kepada pencapaian ini, kerajaan optimis bahawa segala usaha yang dirancang berada dalam landasan tepat, insya-Allah.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Berita Harian.

Pada 15 Jun yang lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan sasaran peningkatan kadar vaksinasi kepada lebih 300,000 dos sehari selepas Jun di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

BACA SINI: PART 3: Senarai Bantuan Pelan Pemulihan Negara Untuk Meningkatkan Vaksinasi

Beliau turut mengatakan bahawa ini bagi memastikan negara berjaya mencapai imuniti kelompok dan seterusnya membawa kita kembali menjalani kehidupan yang menghampiri kehidupan sebelum pandemik Covid-19.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd