Now Reading
Covid-19 (Kemungkinan Besar) Tak Boleh Berjangkit Melalui Pembungkus Makanan – KKM

Covid-19 (Kemungkinan Besar) Tak Boleh Berjangkit Melalui Pembungkus Makanan – KKM

Sehingga kini tiada bukti kukuh yang menunjukkan penyakit ini boleh berjangkit melalui pembungkus makanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Walaupun virus Covid-19 dapat bertahan pada pelbagai permukaan selama berjam-jam sehingga berhari-hari, Jabatan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan (KKM) mengatakan sehingga kini tiada bukti kukuh yang menunjukkan penyakit ini boleh berjangkit melalui pembungkus makanan.

Sebaliknya, kajian mendapati bahawa Covid-19 boleh tersebar terutamanya melalui hubungan fizikal dan titisan pernafasan yang dekat.

Apa pula ulasan WHO?

Panduan Interim Covid-19 Pembersihan dan Pembasmian Kuman yang diterbitkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 15 Mei 2020 menjelaskan virus itu dapat bertahan pada kain dan kayu selama 1 hari, di atas kaca (2 hari), pada kaca tahan karat dan plastik (4 hari), dan hingga 7 hari pada lapisan luar pelitup muka perubatan (medical mask).

Ia juga memetik kajian lain yang mendapati virus Covid-19 boleh bertahan 4 jam di tembaga, 24 jam di kadbod, dan sehingga 72 jam pada plastik dan keluli tahan karat.

Anda boleh memuat turun Panduan Interim Covid-19 tersebut di sini.

Jaga kebersihan

Walaupun KKM dan WHO bersetuju bahawa virus tersebut boleh bertahan di permukaan, tiada bukti kukuh yang menunjukkan penyakit ini boleh berjangkit melalui pembungkus makanan. Namun perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah sentiasa berwaspada, berhati-hati, dan menjaga kebersihan.

“Sentiasa basuh tangan anda selepas mengeluarkan makanan daripada pembungkus, lap dan basmi permukaan tersebut. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut sewaktu mengendalikan makanan dan bungkusan makanan,” kata KKM.

Isu ini juga disambut oleh seorang Doktor Perubatan (MD) Faheem Younus di laman Twitter di mana dia turut mengulas tentang perkara ini melalui satu tweet yang dimuat naik pada 6 Julai.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd