Now Reading
“Bihun Ke Putu Mayam Tu?” – Cara Masakan Haflin Jadi Bualan Hangat Di Twitter

“Bihun Ke Putu Mayam Tu?” – Cara Masakan Haflin Jadi Bualan Hangat Di Twitter

Datin Seri Haflin Saiful mula menjadi ‘topik’ di media sosial selepas dia memuat naik gambar mengenai perlepasan mereka sekeluarga ke Perancis baru-baru ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini telah tular di mana Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dikatakan akan berada di Perancis untuk mendaftarkan persekolahan anaknya.

Beliau menjelaskan bahawa telah mendapat kelulusan dari Jabatan Imigresen untuk terbang ke luar negara dan bakal kembali ke Malaysia sebelum parlimen mula bersidang.

BACA JUGA: Parlimen Akan Bersidang Selama 5 Hari Bermula 26 Julai – PMO

Walau bagaimanapun, perkara tersebut menjadi kian ‘hangat’ di media sosial apabila isteri kepada ahli politik tersebut iaitu Datin Seri Haflin Saiful mula berkongsi gambar serta video mengenai perlepasan mereka ke Perancis baru-baru ini di laman Instagram miliknya.

Netizen mula berasa tidak puas hati dan ada yang turut mempersoalkan tentang isu tersebut.

Lebih mengeruhkan keadaan, persoalan netizen ‘disahut’ oleh Haflin dengan cara yang tidak disenangi.

Kalau korang bitter sangat dengan pendidikan anak saya sebab anak saya lahir dekat France, korang patut suruh tuhan tentukan dekat mana korang nak lahir dan mati. Mentaliti rendah, intelek rendah. Sibuk nak jaga hal anak orang.

Datin Seri Haflin Saiful melalui Instagram Story.

Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Haflin, orang ramai mula menjadikan dirinya sebagai topik perbualan di laman Twitter. Termasuklah cara masakan yang dimuat naik oleh Haflin menerusi instagram highlights.

“Dasar french wanna-be” – Netizen.

Ini pun boleh tahan kelakarnya. Macam mana boleh lari telur tu…


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd