Now Reading
Anda Tak Boleh Guna ‘Short Cut’ Untuk Dapatkan Temu Janji Vaksin

Anda Tak Boleh Guna ‘Short Cut’ Untuk Dapatkan Temu Janji Vaksin

Rakyat Malaysia dilihat semakin cemas dan terdesak untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV​) menafikan bahawa rakyat Malaysia dapat mempercepatkan proses temu janji vaksinasi mereka melalui ‘HelpDesk’ di aplikasi MySejahtera.

Setelah berita tersebut mula tersebar di internet yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia boleh menghubungi ‘HelpDesk’ di aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan temu janji vaksin, JKJAV tampil dan menjelaskan bahawa berita mesej itu adalah palsu.

Terdapat mesej PALSU sedang tersebar tentang jalan pintas untuk mendapatkan janji temu. Orang ramai diminta untuk tidak ke HelpDesk bagi tujuan ini kerana ia menenggelamkan aduan sahih yang dihantar kepada MySejahtera.

Kenyataan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV​ memalui Twitter.

Dalam poster tersebut, JKJAV juga mengatakan bahawa temu janji akan diberikan secara automatik dan secara berperingkat.

Kenyataan itu turut dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di media sosial.

Rakyat Malaysia semakin terdesak

Setelah kenyataan itu dikeluarkan secara online, rakyat Malaysia kesal kerana menurut orang ramai – tidak ada kaedah yang sesuai untuk mereka mendapatkan temu janji vaksin walaupun telah mendaftar beberapa bulan yang lalu.

Banyak juga yang mengadu bahawa aplikasi MySejahtera mereka masih tersekat pada tahap pemprosesan dan tidak memberi apa-apa pembaharuan tentang temu janji vaksinasi walaupun setelah sekian lama menunggu.

Malah, seorang pengguna juga menunjukkan bahawa ini membuktikan bahawa rakyat semakin cemas dengan penularan virus Covid-19 dan terdesak untuk mencari jalan bagi mendapatkan vaksin secepatnya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd