Now Reading
Kadar Inokulasi Kedua Tertinggi Di Malaysia Dicatatkan Semalam, 1 Julai

Kadar Inokulasi Kedua Tertinggi Di Malaysia Dicatatkan Semalam, 1 Julai

Sekiranya meneliti petunjuk digariskan Pelan Pemulihan Negara, Perlis serta WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sudah mencapai satu daripada tiga prasyarat untuk beralih ke fasa kedua.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebanyak 263,012 dos vaksin telah diberikan kepada penerima di seluruh negara, semalam (1 Julai) dan sekali gus menjadi kadar inokulasi kedua tertinggi yang pernah dicatatkan di Malaysia.

Sebelum ini, kadar inokulasi atau suntikan vaksin tertinggi pernah direkodkan dalam tempoh 24 jam pada 24 Jun lalu, iaitu dengan 268,604 dos.

Menurut laporan, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) memaklumkan sebanyak 178,148 dos pertama vaksin diberikan kepada penerima semalam (1 Julai), manakala 84,864 suntikan bagi dos kedua.

Kredit: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV)

Perangkaan keseluruhan menunjukkan prestasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang kini memasuki bulan kelima yang turut menyaksikan seramai 2,393,882 orang atau 7.3% daripada populasi dewasa di Malaysia sudah menerima dua dos suntikan lengkap vaksin.

Setakat semalam, sebanyak 8,346,697 dos vaksin diagihkan dan 5,952,815 atau 18.2% ialah dos pertama.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) menerusi infografik yang dimuat naik di Twitter.

Perlis & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan capai satu daripada tiga prasyarat untuk beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara

BACA JUGA: SOP Fasa 1: Pelan Pemulihan Negara Oleh MKN Berkuat Kuasa 29 Jun

Ini adalah susulan daripada liputan vaksin lengkap dua dos di Perlis setakat semalam mencecah (16.3%), Kuala Lumpur (11.8%), Putrajaya (25.4%) dan Labuan (16.4%).

Berdasarkan Pelan Pemulihan Negara, peralihan daripada fasa satu kepada fasa kedua perlu mencapai nilai ambang tiga petunjuk iaitu:

  • Jangkitan harian kurang 4,000 kes
  • Kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana
  • Liputan vaksin bagi populasi yang menerima dos lengkap ialah 10%

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd