Now Reading
Ejen Takaful Buat Iklan Tiada Adab Undang Kemarahan Netizen

Ejen Takaful Buat Iklan Tiada Adab Undang Kemarahan Netizen

Ejen takaful ini dilihat tidak sensitif sehinggakan sanggup mengaitkan isu bunuh diri membolehkan ahli keluarga terdekat berpeluang untuk menerima pampasan hibah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menurut laporan, purata dua kes bunuh diri setiap hari dilaporkan bagi tempoh 2019 hingga Mei 2021 berdasarkan statistik terkini yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pada 2019 adalah sebanyak 609 kes diikuti sebanyak 631 kes bagi 2020.

Bagi tempoh lima bulan pertama iaitu tempoh Januari hingga Mei tahun ini pula sebanyak 468 kes bunuh diri direkodkan. Ini menyaksikan secara purata sebanyak dua kes bunuh diri berlaku setiap hari dalam tahun 2019 sehingga Mei 2021.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan

Malah, bagi tempoh lima bulan pertama iaitu Januari hingga Mei tahun ini pula sebanyak 468 kes bunuh diri telah direkodkan.

Walaupun kes ini dipandang serius oleh setiap pihak, namun ada juga segelintir ejen takaful yang tidak sensitif terhadap hal ini sehinggakan sanggup mengaitkan isu bunuh diri membolehkan ahli keluarga terdekat berpeluang untuk menerima pampasan hibah.

Sebagai contoh, satu kes di mana seorang pengguna Twitter @pedoqpop telah memuat naik satu tweet menunjukkan screenshot status ejen takaful tersebut.

Sangat tidak beradab.

Undang kemarahan netizen

Semestinya, perkara seperti ini membuatkan netizen di media sosial berang. Mana tidaknya, seoalah-olah langsung tiada rasa simpati kepada mangsa atau ahli keluarga mangsa.

Tak pasal-pasal ejen takaful lain terkena tempias.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd