Now Reading
[VIDEO] Kanak-kanak Berjoget Dengan Frontliners Di PKRC Ini Memang Mencuit Hati. Comel!

[VIDEO] Kanak-kanak Berjoget Dengan Frontliners Di PKRC Ini Memang Mencuit Hati. Comel!

Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa kanak-kanak kecil dijaga dengan baik di PKRC. 🙂

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Satu klip video mencuit hati yang menunjukkan seorang kanak-kanak dan beberapa orang petugas barisan hadapan berpakaian PPE penuh telah tular baru-baru ini di media sosial.

Video berdurasi 0:18 saat itu dikatakan meraih perhatian warganet setelah kanak-kanak lelaki tersebut berjaya dihiburkan oleh beberapa orang petugas di PKRC.

Comel sangat. Tak percaya, tengok ni:

Malah, tweet tersebut juga menerima reaksi warganet yang juga memberitahu bahawa terdapat sejumlah kanak-kanak di PKRC pada ketika ini.

Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang positif Covid-19 juga diminta untuk pergi ke pusat kuarantin. Walau bagaimanapun, mereka mungkin akan ditemani oleh ibu bapa atau penjaga (Walaupun mereka tidak positif Covid-19).

Video tersebut boleh menggembirakan hati pada saat yang menguji ini, namun ia juga patut dijadikan sebagai peringatan buat orang ramai bahawa Covid-19 boleh menyerang sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak yang masih kecil.

Kanak-kanak tidak selamat

Walaupun suntikan vaksin telah dipersetujui untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas, masih ada segelintir yang masih belum menerima suntikan tersebut dan menjadikan mereka berisiko untuk dijangkiti virus.

Sebenarnya, jumlah kanak-kanak paling tinggi yang dijangkiti Covid-19 adalah dalam kategori berusia 7-12 tahun, diikuti oleh kanak-kanak yang lebih tua berusia 13-17 tahun. Paling membimbangkan, bayi di bawah umur 4 tahun telah dilihat menyumbang kepada sebilangan besar kes jangkitan.

Setakat 29 Jun 2021, Kementerian Kesihatan telah melaporkan jumlah jangkitan kanak-kanak di bawah usia 18 tahun mencapai 116,378.

Kes jangkitan Covid-19 tertinggi:
– Remaja berumur 13-17: 37,205 (Purata 7,441 kes setiap umur)
– Kanak-kanak berumur 7-12: 38,206 (Purata 6,368 kes setiap umur)
– Kanak-kanak kecil berumur 5-6: 12,055 (Purata 6,028 kes setiap umur)
– Bayi berumur 0-4: 28,912 (Purata 5,782 kes setiap umur)

Memang lega melihat anak-anak kecil dijaga dengan baik di PKRC, namun rakyat Malaysia masih perlu berjuang untuk menghentikan penularan virus Covid-19 ini daripada terus merebak dan menyerang diri serta ahli keluarga tersayang.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd