Now Reading
Rakyat Selangor Boleh Mula Mohon SISM40 Mulai Hari Ini, 1 Julai

Rakyat Selangor Boleh Mula Mohon SISM40 Mulai Hari Ini, 1 Julai

Kerajaan negeri bekerjasama dengan TM bagi memperkenalkan SISM40 sebagai usaha membantu rakyat Selangor menghadapi norma baharu dalam era digital.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Berita baik buat rakyat Selangor. Mulai hari ini (1 Julai), golongan M40 boleh mula memohon Skim Internet Selangor yang ditawarkan kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI).

BACA SINI: Selangor Tawar Internet Murah Tanpa Had Untuk B40, M40

Inisiatif yang dikenali SISM40 itu dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka negara iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui perkhidmatan unifi yang mana kerajaan negeri memperuntukkan subsidi Internet khusus kepada M40.

Menurut laporan, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata skim berkenaan melengkapi inisiatif kerajaan negeri yang diperkenalkan sebelum ini dan inisiatif tersebut amat diperlukan dalam usaha menerapkan pendigitalan dalam kalangan rakyat Selangor dan membantu rakyat.

Kerajaan negeri bekerjasama dengan TM bagi memperkenalkan SISM40 sebagai usaha membantu rakyat Selangor menghadapi norma baharu dalam era digital. Terima kasih saya ucapkan kepada TM kerana bersama-sama dengan kerajaan negeri bagi membantu merealisasikan program yang baik ini. Saya menyeru agar lebih banyak lagi pihak swasta untuk tampil bersama-sama kami dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat di saat-saat sukar sebegini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari melalui Harian Metro.

Menerusi SISM40, setiap isi rumah berpeluang menikmati subsidi antara RM10 hingga RM30 sebulan bagi tempoh setahun dengan melanggan satu daripada lapan pakej yang ditawarkan di bawah Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas.

Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat kelayakan dan proses pendaftaran melalui laman sesawang https://www.sism40.com.my/ atau di talian bantuan 03-5030 4595/4596 (Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi – 5.00 petang) kecuali pada cuti umum.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd