PART 3: Senarai Bantuan Pelan Pemulihan Negara Untuk Meningkatkan Vaksinasi
Nilai keseluruhan pakej PEMULIH berjumlah RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak RM10 bilion.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin pada 28 Jun telah mengumumkan Pakej Perlindungan dan Pemulihan Ekonomi Rakyat (PEMULIH) bernilai RM150 bilion susulan Malaysia yang masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan: Fasa 1 Pelan Pemulihan Nasional.
BACA SINI: SOP Adjustments For Phase 1, 2, 3, 4 Of The National Recovery Plan
Nilai keseluruhan pakej PEMULIH berjumlah RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak RM10 bilion.
PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.
FOKUS KETIGA: MENINGKATKAN VAKSINASI
Pemberian Vaksin
Bagi mempercepat jadual pelaksanaan PICK, sejumlah RM 400 juta diperuntukkan untuk menambah bekalan vaksin negara.
Ini bermakna, jumlah bekalan vaksin yang ditempah kerajaan adalah cukup untuk menampung 130% populasi rakyat berbanding 120% sebelum ini.
Penambahan bekalan vaksin ini antara lainnya adalah sebagai stok penimbal tambahan serta bertujuan memulakan proses vaksinasi bagi 6.4 juta remaja berumur 12 hingga 18 tahun.
Anak-anak yang bakal menduduki SPM tahun ini akan diutamakan.
Petugas Barisan Hadapan Kesihatan Di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta ke semua sukarelawan
Kerajaan bersetuju untuk membuka 29 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baharu, menaik taraf PPV sedia ada, melaksana PPV secara pandu lalu, PPV Bergerak dan program Outreach Home-to- Home.
Kerajaan bersetuju untuk menyelaras kadar pembayaran elaun khas kepada 14,000 petugas barisan hadapan kesihatan yang terlibat dalam PICK daripada RM 200 kepada RM 600 selama enam bulan bermula Julai 2021.
Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta atau PIKAS
Kerajaan bersetuju majikan yang berdaftar di bawah Perbadanan Sumber Manusia Berhad (atau HRD Corp), boleh menggunakan baki levi semasa sehingga 10% bagi kos pengurusan dan pembelian vaksin Covid-19.
Kerajaan juga bersetuju untuk memberi potongan cukai ke atas perbelanjaan merangkumi kos peralatan dan perkhidmatan penyediaan PPV oleh majikan.
Selain itu, potongan cukai ke atas sumbangan Covid-19 melalui projek komuniti atau amal juga diperluaskan meliputi sumbangan kepada PPV.
Kerajaan bersedia mempertimbangkan kebenaran kepada syarikat untuk beroperasi pada kapasiti penuh sekiranya semua pekerja telah lengkap dua dos vaksin.
Golongan Rentan
Bagi memastikan golongan rentan tidak terkecuali daripada mendapatkan suntikan vaksin, beberapa program di peringkat komuniti juga akan disegerakan.
Antaranya, pendaftaran untuk vaksinasi serta pemberian subsidi sehingga RM 30 atas kos tambang teksi dan e-hailing untuk golongan OKU dan warga emas bagi memudahkan pergerakan mendapatkan vaksin pada hari temu janji mereka.
Anda boleh mendapatkan teks ucapan penuh di sini.
BACA JUGA: PART 1: Senarai Bantuan Pelan Pemulihan Negara Untuk Rakyat Malaysia
BACA JUGA: PART 2: Senarai Bantuan Pelan Pemulihan Negara Untuk Ekonomi
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, and Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.