Now Reading
“Sign Up Kelas Online Boleh Kurangkan Depresi” – Kenyataan Che Nom Dibidas Netizen

“Sign Up Kelas Online Boleh Kurangkan Depresi” – Kenyataan Che Nom Dibidas Netizen

Tidak dinafikan, lain orang, lain cara penerimaan mesej dan kenyataan yang cuba disampaikan oleh Che Nom itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebut sahaja nama Che Nom, rata-rata akan mengenalinya setelah melihat video-video resepi yang dimuat naik olehnya di YouTube. Che Nom atau nama sebenar Norma Bakar sering menjadi ‘perhatian’ warganet berkenaan dengan menu dan cara masakan.

Saing-saing dengan Khairulaming lah katakan.

Kalau bulan Ramadan atau Raya, mereka inilah yang menjadi tarikan netizen.

Namun begitu, semalam (24 Jun), Che Nom dikatakan telah memuat naik satu status di laman Twitter sehingga menyebabkan segelintir rakyat Malaysia tidak setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan olehnya.

Dalam tweet tersebut, Che Nom menyatakan bahawa ketika waktu lockdown ini, orang ramai harus mencari sesuatu yang baru untuk dipelajari – ataupun lebih baik lagi jika boleh mendaftar untuk kelas online seperti; Udemy, Linkedin Learning dan Audible.

Che Nom turut mengatakan perkara ini juga perlu dilakukan dengan tetapkan objektif, jadual, dan boleh juga cabar diri sendiri.

Aktiviti seperti ini boleh mengurangkan depresi lebih-lebih lagi ketika lockdown, jelas Che Nom dalam tweet tersebut.

Netizen kurang senang dengan kenyataan Che Nom

Tidak dinafikan – lain orang, lain cara penerimaan mesej dan kenyataan yang cuba disampaikan oleh Che Nom itu.

Mungkin ada yang boleh menerimanya dengan positif, tapi tidak pelik jika mereka yang terkesan akibat pandemik ini merasakan perkara itu adalah hanya buat mereka yang ‘mampu’ dan tidak sesuai buat mereka.

Memang benar, tidak semua orang mampu dan mempunyai masa yang banyak untuk berbuat sedemikian.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd