Now Reading
Lazada Dedah 7 Rahsia Free Delivery, Baucar Durian Runtuh & Tawaran Mid-Year Sale. Untungnya!

Lazada Dedah 7 Rahsia Free Delivery, Baucar Durian Runtuh & Tawaran Mid-Year Sale. Untungnya!

Rahsia untuk mendapatkan baucar Penghantaran Percuma ‘RM0’ adalah cukup mudah. 🙂

Press Releases

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Mulai hari ini (25 Jun), rakyat Malaysia boleh menikmati sesuatu yang luar biasa kerana Lazada kini telah mendedahkan 7 rahsia untuk mendapatkan ganjaran tersembunyi dan penjimatan luar biasa sempena Unexpected Mid-Year Sale yang akan datang pada 5 hingga 7 Julai nanti.

Pengguna Lazada hanya perlu mengikuti tujuh langkah mudah untuk mendapatkan baucar Penghantaran Percuma RM 0 tanpa perbelanjaan minimum, tawaran ‘Durian Runtuh’ Musang King Beli 1 Percuma 1, tawaran pra-tempahan Chup Dulu, diskaun Lazada Bonus, harga RM0.77 Crazy Flash Sale, dan diskaun LazMall Crazy Brand Mega Offer yang lebih daripada 50%*.

1. Penghantaran Percuma RM 0

Kebanyakan pembeli dalam talian sudah biasa mengumpulkan baucar setiap hari di saluran Penghantaran Percuma Lazada di sini, yang boleh ditebus sepanjang Unexpected Mid-Year Sale nanti. 

Kali ini, sebagai kejutan tambahan – Lazada turut menyediakan baucar Penghantaran Percuma ‘RM0’ yang tersembunyi di dalam aplikasinya, hanya untuk pengguna yang paling peka. Baucar ini boleh digunakan untuk pembelian di seluruh platform dan mempunyai perbelanjaan minimum RM0.

Anda juga mungkin boleh mengurangkan yuran penghantaran kepada sifar, kerana nilai had diskaun maksimum RM10 adalah jauh lebih tinggi daripada yuran penghantaran biasa di Lazada.

Rahsia untuk mendapatkan baucar Penghantaran Percuma ‘RM0’ adalah cukup mudah. Hanya perlu meminta baucar istimewa ini dari CLEO, ejen perkhidmatan pelanggan maya Lazada yang dipacu dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Ikuti langkah-langkah mudah berikut di aplikasi Lazada:

  • Klik butang Akaun di sudut kanan bawah;
  • Klik butang ‘Chat with Customer Care’ di bahagian bawah halaman untuk berbual dengan CLEO;
  • Akhir sekali, tanya CLEO, “Hey Lazada, can I please have the RM0 Free Shipping?”
Kredit: Lazada

2. Kata Laluan ‘Durian Runtuh’

Durian runtuh bermaksud ganjaran yang tidak diduga, ibarat kejutan yang menanti pengguna Lazada yang memasukkan kata laluan ‘Durian Runtuh’ di dalam fungsi pencarian dalam aplikasinya. Dari sekarang hingga 7 Julai, sesiapa yang mencari ‘Durian Runtuh’ di Lazada berpeluang untuk menjadi antara segelintir pengguna bertuah yang menerima baucar Beli 1 Percuma 1 (diskaun 50%). 

Baucar tersebut boleh ditebus apabila membeli Musang King 4KG asli, dengan isi 900G, daripada peniaga durian premium tempatan Dooran·Dooran, yang mengutip segar dari kebun durian yang berusia 30 tahun di Negeri Sembilan. 

Penggemar durian diingatkan bahawa hanya sebilangan kecil baucar ‘Durian Runtuh’ Beli 1 Percuma 1 (diskaun 50%) yang boleh dikutip pada jam 12 tengah malam setiap hari dari sekarang hingga 7 Julai. Siapa cepat, dia dapat. Baucar tersebut boleh ditebus dari 5 hingga 7 Julai sempena Unexpected Mid-Year Sale, yang turut akan menawarkan diskaun lebih 50% untuk durian Musang King tersebut.

3. Pra-tempahan Chup Dulu

Walaupun dengan semua diskaun luar biasa dan harga rendah yang ditawarkan sempena Unexpected Mid-Year Sale, pembeli bijak masih boleh lebih berjimat menerusi Chup Dulu, fungsi pra-tempahan di aplikasi Lazada.

Dengan membayar non-refundable deposit 10% dari sekarang hingga 6 Julai, pelanggan boleh menempah produk idaman ramai dari jenama-jenama LazMall, termasuk Estee Lauder, Innisfree, LANEIGE, Lancôme, L’OCCITANE, Vans, Adidas, dan banyak lagi.

Pada 7 Julai, pembeli yang telah Chup Dulu akan dapat menyempurnakan proses pembelian tanpa perlu berebut dengan orang lain.

4. LazMall Crazy Brand Mega Offer

Sambil kita berbicara tentang LazMall, para pembeli boleh mendapat jaminan kualiti produk dan penjimatan besar apabila membeli-belah di saluran LazMall. Janji 100% tulen LazMall membolehkan rakyat Malaysia membeli dalam talian dengan yakin bahawa produk ditawarkan terus daripada rakan jenama rasmi Lazada.

Pembeli dalam talian boleh menantikan LazMall Crazy Brand Mega Offer pada 7 Julai dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi. Diskaun lebih 50% dan sehingga 80%, bersama dengan baucar diskaun tambahan akan ditawarkan oleh jenama-jenama kegemaran Malaysia, termasuk Pandora, Fossil, Acer, Lenovo, Logitech, dan banyak lagi.

5. Lazada Bonus

Seiring dengan namanya, Lazada Bonus ialah diskaun tunai tambahan yang diberikan khas untuk jualan mega, yang boleh digunakan bersama dengan baucar dan tawaran diskaun lain.

Mulai 30 Jun hingga 7 Julai, pastikan anda mengumpulkan Lazada Bonus setiap hari dalam aplikasi Lazada. Lebih banyak Lazada Bonus yang dikumpulkan, lebih banyak diskaun yang boleh ditebus oleh pembeli sepanjang Unexpected Mid-Year Sale dari 5 hingga 7 Julai untuk menerima potongan RM10 bagi setiap pembelian RM100 bagi produk dengan tag Lazada Bonus.

6. RM0.77 Crazy Flash Sale

Tawaran tempoh terhad ini ialah antara sesi yang paling dinanti-nantikan pada Unexpected Mid-Year Sale ini. Dari 5 hingga 7 Julai, rakyat Malaysia akan berebut untuk mendapatkan tawaran RM0.77 Crazy Flash Sale. Jangan lupa untuk menambah nilai Lazada Wallet anda sebelum merebut tawaran jualan, kerana pengguna Lazada Wallet boleh menikmati pengalaman pembayaran yang lebih pantas.

7. Rancangan Chief Discount Officer

Rancangan Chief Discount Officer (CDO) akan kembali dengan episod harian sepanjang Unexpected Mid-Year Sale di saluran LazLive dari jam 9 malam hingga 10 malam, mulai 5 hingga 7 Julai. Pelbagai baucar dan tawaran eksklusif akan disediakan dalam rancangan tersebut.

Dengan panduan mudah ini bagi Unexpected Mid-Year Sale Lazada, semoga rakyat Malaysia akan seronok membeli-belah di dalam talian dan berbelanja dengan bijak!

Untuk maklumat lanjut tentang Unexpected Mid-Year Sale, boleh klik sini.

Untuk rujukan mudah bagi semua tarikh penting, boleh klik sini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1 × one =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd