Now Reading
120 Hotel Terpaksa Tutup Susulan Lockdown

120 Hotel Terpaksa Tutup Susulan Lockdown

Tak mungkin akan ada sektor pelancongan yang boleh bertahan selepas bulan Oktober.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Industri pelancongan Malaysia dikatakan sedang terkapai-kapai dan nazak setelah lebih setahun berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng mendedahkan selepas 100 buah hotel ditutup tahun lalu, pada tahun ini sekitar 20 buah hotel lagi mengalami nasib sama akibat kerugian besar.

Menurut laporan, secara total – sektor perhotelan kini sudah rugi lebih RM11.3 bilion.

Kami mendapati kira-kira 100 buah hotel ditutup sejak tahun lalu dan pada tahun ini 20 buah hotel lagi terpaksa mengikut jejak. Penutupan hotel-hotel tersebut melibatkan penutupan sementara dan juga kekal.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng melalui Sinar Harian.

Kerugian sektor perhotelan tahun ini dijangka lebih buruk berbanding tahun lalu

Mengulas lanjut, Lip Seng mengatakan bahawa kerugian sektor perhotelan pada tahun ini dijangka lebih buruk berbanding pada tahun lalu memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan dengan penutupan rentas daerah dan negeri sudahpun memasuki separuh tahun.

Sektor perhotelan juga dikatakan telah menanggung kerugian besar bernilai lebih RM6.3 bilion pada tahun lalu.

Malangnya untuk tahun ini, kehilangan pendapatan industri perhotelan sudah mencecah RM5 bilion sedangkan sekarang ini kita baru melalui tempoh total lockdown.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng melalui Sinar Harian.

BACA SINI: 20% out of 2,300 Budget Hotels Could Close Down Due To Covid-19

Malah, dia turut menambah bahawa dengan situasi pandemik Covid-19 yang masih tidak menampakkan tanda akan reda, sektor perhotelan amat memerlukan bantuan daripada kerajaan bagi mengelakkan lebih banyak penutupan.

Selain itu, kelangsungan hidup 3.6 juta orang yang terlibat dalam industri pelancongan dan perhotelan yang dilihat semakin tenat kini menjadi pertaruhan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3 × 4 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd